Arsenal mahu ejen berikan keutamaan kepada The Gunners.

APA cerita Pepe sekarang? Jadi ke tak jadi ni...?


Tempoh 24 hingga 48 jam yang dikatakan sebelum ini untuk Arsenal dan Lille serta Pepe melengkapkan perpindahan hampir berakhir.
Namun setakat ini (saat artikel ini ditulis), masih tiada perkembangan postif mengenai pengumuman Arsenal dan Pepe melengkapkan perpindahan yang bakal mencipta rekod baru pembelian pemain oleh Arsenal.

Jika sebelum ini, rundingan mengenai perpindahan Pepe ke Arsenal 'tergendala' kerana cubaan Napoli untuk 'menyailang' usaha The Gunners, kini pasukan yang memiliki kuasa kewangan besar Perancis, Paris Saint-Germain dikatakan antara penyebab mengapa ianya menjadi 'batu penghalang'.

Dua hari lalu, laporan media Itali mendedahkan dimana Arsenal mahukan ejen pemain tersebut memberi keutamaan kepada The Gunners setelah mereka membuat tawaran yang lebih baik kepada pemain dan wakilnya (ejen pemain).



Manakala Presiden Lille, Gerard Lopez memberitahu Tuttosport pada hari Jumaat bahawa pihaknya telah menerima empat tawaran 'yang boleh diterima' daripada kelab besar untuk mendapatkan Nicolas Pepe.

Lopez turut menjelaskan tawaran dari Napoli memenuhi permintaan kelab Ligue 1 itu sebanyak €80 juta untuk pemain tersebut.

Malah Sky Italia juga mendakwa bahawa Arsenal sedia memberi saingan kepada pasukan Carlo Ancelotti dalam menandatangani pemain berusia 24 tahun itu, dengan membuat tawaran yang memenuhi kehendak kesemua pihak.

Dan Arsenal dikatakan telah menawarkan € 80 juta, menyamai jumlah tawaran yang dibuat Napoli cuma pihak Ancelotti dikatakan gagal dalam rundingan bersama pemain tersebut mengenai terma-terma peribadi.

Napoli menawarkan gaji tahunan sebanyak €3.5 juta ditambah €500,000 dalam bonus menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima Pepe sebanyak €4 juta setahun, sementara pemain tersebut menuntut sebanyak €5 juta setiap musim.

Manakala Arsenal pula dilaporkan telah membuat tawaran gaji yang lebih tinggi kepada pemain tersebut berbanding Napoli, serta turut menawarkan komisen yang lebih baik kepada ejen pemain itu.

Berdasarkan itu, mereka mahukan ejen tersebut memberi keutamaan kepada pihak  The Gunners.

Pun begitu, dalam laporan terkini mengenai perpindahan Pepe, 90min melaporkan dimana urusan perpindahan pemain tersebut ke London dijangka akan dimuktamadkan pada hari Selasa ataupun Rabu ini.

Namun urusan tersebut akan berjalan lancar sekiranya tiada 'gangguan' diterima, kerana PSG turut berminat untuk mendapatkan pemain tersebut, ketika rundingan Pepe bersama Arsenal telah memasuki peringkat akhir untuk diselesaikan.

Lille winger Nicolas Pepe is expected to seal his £72m move to Arsenal on either Tuesday or Wednesday, as long as French moneybags Paris Saint-Germain do not involve themselves in negotiations.
-- 90min 

Kini selepas tempoh 24 jam hingga ke 48 jam, ianya kembali berpusing namun ditukarkan kepada hari (Selasa ataupun Rabu) dan ianya tetap 'terma' yang sama dimana kita sekali lagi terpaksa menantikan tempoh yang sama (24 - 48jam) untuk mengetahui keputusan perpindahan pemain kebangsaan Ivory Coast ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post