Pemain sasaran Arsenal dilihat di lapangan terbang, jalani ujian kesihatan tidak lama lagi.

PEMAIN antarabangsa Ivory Coast dan Lille, Nicolas Pepe telah dilihat berada di lapangan terbang Miami, ketika beliau berada di ambang melengkapkan perpindahan ke Arsenal menurut laporan Daily Mirror.



Pemain sayap berusia 24 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab eropah termasuklah Liverpool, Manchester United, Bayern Munich dan Napoli.

Namun menurut laporan terkini, Arsenal akhirnya berjaya memenangi persaingan dalam mendapatkan pemain tersebut.

Walaupun The Gunners tidak bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara, namun ianya tidak menghalang pemain tersebut daripada memilih pasukan berpengkalan di Utara London berbanding empat pasukan lagi yang bersaing dalam saingan tertinggi kelab bolasepak eropah.

Arsenal dilaporkan akan membayar Lille sebanyak 80 juta euro (kira-kira 72 juta pound sterling) untuk mendapatkan khidmat Pepe dengan bayaran dibuat secara ansuran.

Pihak The Gunners juga dikatakan akan membayar 20 juta pound sterling sebagai pendahuluan bagi melengkapkan urusan perpindahan selain urusan ujian kesihatan Pepe yang perlu dijalankan.
Nicolas Pepe ketika ini sedang bercuti selepas berakhirnya kejohanan Piala Negara Afrika dan beliau sepatutnya pergi ke London bagi menjalani ujian kesihatan/perubatannya seandainya urusan rundingan (kewangan) telahpun selesai.

The Guardian turut melaporkan dimana Arsenal bersedia untuk mengumumkan mengenai Pepe yang bakal menjadi pemain terbaru The Gunners yang turut memecahkan rekod perpindahan kelab dalam masa terdekat.
Dan laman sosial Twitter ketika ini kecoh mengenai gambar beliau berada dilapangan terbang Miami namun destinasi sebenar pemain itu masih menjadi persoalan.

Adakah London menjadi destinasi penerbangan Pepe?

Post a Comment

Previous Post Next Post