Unai Emery dengan 'kumpulan kapten' baharu Arsenal.

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery melantik pemain baharu untuk 'kumpulan kapten' di tengah kontroversi Laurent Koscielny.


Unai Emery telah memasukkan Nacho Monreal dalam kumpulan pemainnya yang akan bertindak sebagai kapten pada musim yang akan datang.
Kapten The Gunners, Laurent Koscielny terpalit dalam kontroversi mengenai masa depan beliau di Emirates selepas enggan mengikuti pasukan dalam sesi persiapan pra-musim ke Amerika Syarikat selepas pihak pengurusan Arsenal menolak permintaan beliau untuk dilepaskan secara percuma baru-baru ini.

BACA: Calon-calon kapten Arsenal 2018/19

Dan Granit Xhaka kini berada di kedudukan teratas untuk menggantikannya sebagai kapten Arsenal.


"Kami sedang bekerja dengan para kapten. Mereka adalah Xhaka, Ozil dan Nacho Monreal. Saya mahu menambah dua lagi dan saya akan membuat keputusan nombor satu, dua, tiga, empat dan lima dalam beberapa minggu akan datang. " jelas Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post