Arsenal 'percepatkan' usaha untuk menandatangani pemain dan disifatkan sebagai pasukan pilihan.

PERTAHANAN kiri Celtic, Kieran Tierney terus mendapat perhatian dari media Itali.



Awal pagi kelmarin, media tempatan mengatakan bahawa Napoli berminat untuk menandatangani pemain itu dan boleh mengambil kesempatan sekiranya Arsenal gagal dalam mencapai kesepakatan dengan pasukan Scotland itu.

Terdapat dua kisah berbeza di Itali mengenai kisah perpindahan pemain itu yang dilaporkan oleh Corriere dello Sport Campania dan Il Mattino.

Corriere dello Sport mendakwa Napoli begitu aggresif untuk mendapatkan Kieran Tierney kerana pemain itu menjadi pilihan yang tepat dan sempurna buat pengendali kelab itu, Carlo Ancelotti.

Dan Il Mattino pula hanya mengatakan bahawa Tierney merupakan sasaran terbaru Napoli pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun persamaan dalam dua laporan tersebut adalah mereka menjelaskan bahawa Celtic mahukan £25 juta (termasuk bonus) untuk pertahanan kiri itu dan Arsenal hanya menawarkan £15 juta sahaja, pun begitu tidak ada perkembangan dilaporkan seterusnya.
Laporan 2 media Itali awal paga kelmarin.
Walau bagaimanapun, laman web Calcio Mercato hadir dengan cerita petang semalam mendakwa bahawa The Gunners masih mengetuai perlumbaan untuk mendapatkan Tierney.

Mereka mengatakan bahawa Arsenal terus berusaha untuk 'mempercepat' urusan perpindahan itu walaupun Celtic masih meminta €28 juta (£25 juta) namun, The Gunners masih menjadi  pasukan 'pilihan' untuk menandatangani pemain berusia 22 tahun itu.


Mereka (Calcio Mercato) turut mendakwa bahawa Napoli memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang keputusan untuk mendatangani pemain itu.

Ini kerana, mereka (Napoli) terlebih dahulu perlu mengosongkan posisi pertahanan dengan memberi pinjam Mario Rui kepada kelab baru sebelum membuat langkah mendapatkan Tierney.

Dan perkembangan itu juga memberikan sedikit kelebihan kepada Arsenal berbanding Napoli, namun The Gunners tidak mahu mengambil risiko dengan laporan mengatakan usaha untuk mendapatkan pemain tersebut kini sedang dipercepatkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post