Arsenal sedia labur € 30 juta + bonus untuk dapatkan pemain Real Madrid.

ARSENAL bersedia untuk melabur €30 juta ditambah bonus bagi menandatangani pemain La Liga menurut pelbagai sumber.



Real Madrid perlu menjual beberapa pemain pada musim panas ini dan Lucas Vazquez adalah salah seorang daripada mereka yang difikirkan berpontensi untuk dilepaskan.

Sebelum ini Arsenal telah dilaporkan oleh Mundo Deportivo dalam beberapa minggu lalu dimana pemain tersebut merupakan salah seorang sasaran The Gunners dan mereka yakin bahawa Unai Emery mahu menandatanganinya.

Mundo Deportivo menjelaskan Emery mahukan pemain itu untuk digunakan dalam formasi 3-5-2 dan bermain pada bahagian sayap.

BACA: Arsenal sedia tawar 3 kali ganda gaji kepada Vazquez.

Walaupun Vazquez kebanyakannya beraksi sebagai pemain sayap kanan, namun beliau juga mampu beraksi posisi sayap kiri selain pada pertahanan kanan untuk musim lalu bersama Real Madrid.

Posisi 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Right Winger 43 5 3
Right-Back 3 - 1
Left Winger 1 - -

Pemain berusia 28 tahun itu adalah pemain yang fleksibel dan terkenal dengan kerja kerasnya serta merupakan pilihan yang bagus dalam skuad (utilities player).

Dan beliau dikatakan terdesak untuk beraksi dalam skuad kebangsaan Sepanyol bagi kejohanan Euro 2020 dan berpindah serta mendapat minit permainan ditempat (pasukan lain) merupakan pilihan terakhir yang perlu dilakukan.

Manakala, menurut Defensa Central, Arsenal telah melakukan bidaan sebanyak €30 juta namun cubaan pertama The Gunners itu telah ditolak Real Madrid apabila mereka dikatakan hanya bersedia melepaskan pemain itu pada nilai €40 juta.
Pun begitu, Arsenal tetap berusaha untuk berunding bagi menurunkan harga pemain tersebut kepada €30 juta, malah laporan juga mengatakan bahawa Arsenal 'bersedia untuk melabur €30 juta ditambah bonus' untuk menandatangani Vazquez.



Selain Arsenal, Inter Milan juga dikatakan berminat menandatangani pemain itu dan sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan Vazquez pada nilai €30 juta (£26.8 juta), boleh dikatakan bahawa ianya adalah satu tindakan yang hebat dan berbaloi.

Selain dakwaan Defensa Central, ElDesmarque juga melaporkan minat Arsenal terhadap pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post