Arsenal semakin hampir untuk menandatangani Vazquez, sekurang-kurangnya minggu depan.

ARSENAL boleh melengkapkan perpindahan pemain Real Madrid seawal minggu depan, tawaran telah dibuat, pemain juga berminat, keputusan semakin hampir.

Pemain Real Madrid, Lucas Vazquez muncul sebagai sasaran perpindahan untuk Arsenal dan kini semakin hangat diperkatakan di Sepanyol serta ianya juga dilaporkan oleh AS pada hari ini.

Unai Emery 'menegaskan' untuk membawa pemain berusia 28 tahun itu ke Emirates pada jendela perpindahan musim panas, sebagaimana dakwaan tersebut.

Perlu diingat bahawa terdapat banyak artikel mengenai khabar angin ini yang telah mengatakan keinginan Emery untuk mendapatkan pemain itu.

Malah terdapat laporan mengatakan dimana bekas pengurus Sevilla itu turut mendesak pihak pengurusan Arsenal untuk mendapatkan pemain sayap itu dan disebabkan itu juga laporan mengatakan bahawa The Gunners telah mengemukakan tawaran kepada Los Blancos.

Arsenal telah membuat tawaran €30 juta, yang tidak mencukupi untuk gergasi La Liga melepaskan pemain tersebut kerana mereka tidak akan menerima sebarang tawaran kurang daripada €40 juta.
Dan rundingan mengenai urusan perpindahan itu masih diteruskan.

Malah terdapat laporan yang mengatakan Arsenal turut menawarkan bonus sebanyak €10 juta yang ditambah daripada tawaran asal €30 juta, menjadikan tawaran keseluruhan berjumlah €40 juta, bersesuaian dengan apa yang diminta pasukan Sepanyol itu.

Bagaimanapun, tawaran bonus itu bergantung kepada persembahan dan penampilan yang bakal dibuat Vazquez bersama Arsenal.

AS menerangkan 'perjanjian muktamad untuk perpindahan itu boleh diselesaikan dalam tempoh maksimum tiga minggu' sebelum kedua-dua kelab itu menghadapi satu sama lain dalam aksi persahabatan pra musim di Amerika Syarikat.

PSG juga berminat terhadp Vazquez, tetapi keinginan pemain itu lebih tinggi untuk kekal di Real Madrid.

Namun, jika sekiranya dia terpaksa berpindah, pemain itu dikatakan lebih suka beralih ke Liga Perdana Inggeris, secara khususnya kelab dari London, seperti Arsenal.

Dalam dalam laporan melalui laman Twitter, terdapat berita yang berbeza dimana  laporan AS telah dikemaskini dan mempunyai sedikit perbezaan.

Kemas kini mereka menunjukkan harga akhir boleh menjadi sebanyak € 32 juta dan ditambah dengan € 3 juta bonus, serta mereka turut melaporkan dimana:

'Transaksi itu boleh ditutup awal minggu depan jika pasukan Inggeris meyakinkan pemain dengan tawaran menarik.'
Namun keputusan akhir Lucas Vazquez masih belum dimuktamadkan lagi walaupun pada dasarnya pemain tersebut bersetuju untuk memilih Arsenal.

Malahan Vazquez juga mampu menggunakan kelebihan itu untuk menekan tawaran yang diterima dari Inter, Bayern dan PSG, dimana tiga kelab elit Eropah tersebut juga berminat untuk mendapatkan khidmat dirinya.
Menariknya, Christian Falk, wartawan Jerman yang paling dekat dengan Bayern, telah mengesahkan dakwaan AS mengenai minat Bavaria itu adalah betul, walaupun mereka belum membuat tawaran terhadap pemain tersebut.
Mampukah Arsenal mendapatkan pemain ini ?

Post a Comment

Previous Post Next Post