Individu penting Saint-Etienne perjelaskan rancangan masa depan William Saliba

WILLIAM SALIBA menjadi buruan dua kelab bermusuhan di Utara London, Arsenal dan Tottenham.



Namun The Gunners lebih mendapat perhatian dalam rumors mengenai pemain itu berbanding Spurs.

Pertahanan tengah itu menjadi tumpuan di Saint-Etienne untuk beberapa bulan terkini, terutamanya baru-baru ini dengan perbincangan mengenai perpindahan beliau bernilai €30 juta ke Liga Perdana Inggeris yang diperkatakan media.

Bagaimanapun buat masa ini, pertahanan muda itu kekal di Perancis dan mempunyai peluang cerah untuk kekal bermain di Ligue 1 musim depan, tidak kira sama ada dia berpindah atau tidak dalam beberapa minggu ini.

Bercakap kepada But! Football Club di Perancis, pengerusi lembaga penyeliaan Saint-EtienneBernard Caïazzo, menjelaskan rancangannya mengenai masa depan Saliba dan kempen 2019/20.

Beliau berkata: "Akaun kami seimbang, jadi tidak ada keperluan untuk menjualnya. Kami tahu ada permintaan mengenai masa depannya yang dibuat oleh kelab ternama Eropah, tetapi kami tidak tergesa-gesa.



"Dia akan kekal disini musim ini. Itulah keadaan mustahak jika kita mencari persetujuan untuk perpindahannya. Kami telah menjelaskan mengenai keadaan itu. Ia juga merupakan harapan William.

"Dia mahu memakai baju hijau musim ini, untuk bermain di Liga Europa, dan dia mahu bertambah baik sebelum meninggalkan kelab. "

Ini bukan kali pertama kita mendengar hasrat ini dari Saint-Etienne yang mahukan pemain itu dipinjamkan kepada mereka untuk musim depan.

Namun kini, kita tahu ianya adalah datang sendiri daripada individu yang membuat keputusan penting di kelab tersebut.

Jika itu menjadi halangan utama kepada Arsenal (untuk meminjamkan kembali Saliba), maka adalah lebih baik mereka mencari pemain lain yang sekurang-kurangnya boleh digunakan bersama pasuakn musim depan.

Tambahan pula, Yahoo! melalui Wartawan Sukan Perancis, Manu Lonjon telah membuat tweet mengenai pertemuan baru untuk Saliba akan berlaku hari ini, jadi kita mungkin akan mengetahui lebih sedikit malam ini atau esok.

Post a Comment

Previous Post Next Post