Dani Alves buntu cari kerja baharu selepas tidak lagi terikat dengan mana-mana kontrak.

PEMAIN yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, Dani Alves memuat naik status lucu yang menggambarkan dirinya sedang mencari pekerjaan baharu.



Alves mempunyai reputasi tinggi dalam dunia bolasepak namun masih tidak mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana kelab ketika ini.

Beliau secara berjenaka telah memuat naik pada laman Instagram mengenai gambaran pekerjaan yang bakal dipilih beliau.

Antara pekerjaan itu termasuk penyelamat pantai, tukang kebun, pemandu teksi dan juruwang di kedai serbaneka.

Vamos plantar coisas boas, vender coisas boas, comer coisas boas, nadar em um mar de coisas boas e o merecimentos dos nossos feitos voaaaa.... ahhh e descansar também.😂😂😂 O resto é histórias!!

Pemain berusia 36 tahun itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjadi pengawal keselamatan kerana dia memuat naik gambarnya sedang tidur sambil memakai seragam keselamatan.

Mengantok woii jadi 'pak guard'.
“Mari tanam tumbuhan yang baik, jual barang-barang berkualiti, makan makanan berkhasiat, berenang di lautan dan raih kebaikan daripada semua itu. Selebihnya biarkan ia menjadi cerita,” kata Alves menerusi tulisan di dalam Instagram miliknya.

Berkebun?


Pengawal pantai?
Pemandu teksi?
Sejak berakhirnya kontrak beliau bersama PSG hujung musim lalu, Alves kini sedang mencari cabaran baharu dan bekas bintang Barcelona itu tidak berhasrat untuk bersara bagi menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Seronok nampak.
Adakah beliau akan menyertai Liga Perdana Inggeris selepas mencipta kejayaan dalam La Liga, Serie A dan Ligue 1?


Post a Comment

Previous Post Next Post