❗️❗️❗️ Everton cuba merampas sasaran perpindahan Arsenal dengan tawaran besar-besaran.

PEMAIN yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal, Wilfried Zaha dikatakan bakal 'disailang' Everton yang telah melakukan tawaran besar-besaran.



Menurut apa yang telah dilaporkan oleh Kaveh Solhekol (Sky Sports), Everton telah menawarkan £ 55 juta + Cenk Tosun dan James Mccarthy kepada Crystal Palace untuk mendapatkan khidmat Wilfried Zaha.

Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 26 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Crystal Palace telah menolak beberapa tawaran yang telah dikemukan The Gunners kepada mereka.

Everton sedia korbankan Cenk Tosun demi Zaha.
Walaupun berada di ambang menandatangani Nicolas Pepe dengan harga £72 juta dari LOSC LIlle, Arsenal tidak lupa tentang Zaha.

BACA: Arsenal bakal umumkan Pepe.

James Mccarthy, 28 tahun pemain tengah Everton turut terlibat dalam usaha pasukan itu untuk mendapatkan Zaha.
Tetapi kini Everton yang mengetuai perlumbaan untuk Wilfried, yang mana pemain itu telah memberitahu pengurusan kelab bahawa beliau merasakan masa telah tiba untuk cabaran baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post