Siapakah pemain lain yang bakal dibawa masuk selepas Nicolas Pepe?

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery memuji Nicolas Pepe selepas perlawanan Arsenal menentang Lyon dan beliau memberi bayangan bahawa lebih daripada satu pemain akan tiba sebelum jendela  perpindahan ditutup.



Arsenal dijangka akan melengkapkan perpindahan Nicolas Pepe dengan nilai perpindahan mencecah sebanyak £72 juta dari Lille dalam masa terdekat ini dan Unai Emery turut mengesahkan minat kelab terhadap pemain itu.
Ditanya pada sidang media mengenai Pepe selepas kekalahan 2-1 dalam aksi Piala Emirates, beliau berkata:

"Kami bekerja, begitu juga kelab, dan memikirkan bagaimana kami boleh memperbaiki lagi," kata Emery kepada wartawan.

"Mereka mempunyai pemain yang berbeza di atas meja dengan kemungkinan kami dapat mencapai tandatangan mereka.

"Pepe adalah pemain yang sangat baik, dan kami hanya memikirkan pemain yang benar-benar (hanya) dapat memperbaiki skuad.

"Kami bekerja dalam beberapa minggu yang lalu, sebelum musim bermula supaya dapat memberi yang terbaik kepada pasukan dengan pemain terbaik dalam skuad kami. "

Walaupun Emery tidak menyatakan dengan jelas, namun melalui penjelasan beliau itu, boleh dikatakan bahawa Arsenal sedang menilai dan berusaha untuk membawa lebih ramai pemain.

Dan jika ianya adalah benar, sudah tentu tumpuan patut diberikan terhadap pemain pertahanan, itupun sekiranya Arsenal telah melengkapkan perjanjian menandatangani Pepe.

Arsenal sebelum ini telah berjaya mendapatkan seorang pemain pertahanan (William Saliba) namun dipinjamkan kembali kepada kelab asalnya dan khidmat Saliba hanya dapat digunakan musim berikutnya.

The Gunners juga dilaporkan masih berharap untuk menandatangani Kieran Tierney dari Celtic tetapi rumors mengenainya kembali tenang ketika ini selepas kisah Pepe mencuri tumpuan.

Pun begitu, menurut Canal+, pemain pertahanan Celtic itu bakal diumumkan sebagai pemain Arsenal tidak lama lagi.


Namun jika meneliti laporan yang dikeluarkan oleh Football London, ianya sukar untuk melihat Arsenal menandatangani pemain tersebut.

Ini kerana menurut pengendali Celtic, Neil Lennon, beliau tidak yakin bahawa Arsenal akan kembali untuk memenuhi tuntutan mereka selepas menolak beberapa tawaran yang dikemukakan sebelum ini.

"The deal, as far as I'm aware, is not happening. We are delighted about that and it’s just a question of appeasing his mind now.

"As far as I am aware, it is finished. I don’t know if Arsenal are going to meet our valuation. So it is 
basically as you were.

“That may be difficult for Kieran to get his head around – or he comes back to the fold and gets on with things. I’ll have to speak to him and I’m sure the club will as well. But it may rumble on as well, I don’t know.

“Until the window closes, we can’t relax 
and I’m sure Kieran 
can’t either.” - Lennon.


Bagaimanapun tindakan Celtic menandatangani pemain pertahanan baharu (yang dilihat sebagai pengganti kepada Tierney), Boli Bolingoli-Mbombo mencetuskan kembali harapan peminat Arsenal untuk melihat Kieran Tierney menyarung jersi The Gunners.

Adakah ada pemain lain yang bakal ditandatangani Arsenal selepas berjaya menandatangani Pepe?

Dan adakah kita akan menyaksikan Kieran Tierney ataupun Zaha menyertai Arsenal?

Ketika ini, adalah elok sekiranya barisan pertahanan diberikan tumpuan kerana jentera tengah dan serangan Arsenal dilihat cukup mantap.

Post a Comment

Previous Post Next Post