Manchester City ungguli ranking dunia, Arsenal dan Manchester United dibezakan 0.6 mata

ARSENAL berada berada di kedudukan ke-18 dunia dengan perbezaan 15.1 mata dengan Manchester City yang berada di kedudukan nombor satu dunia.



Melalui data yang dikeluarkan oleh laman FiveThirtyEight, Arsenal yang berada di kedudukan ke-18 hanya dibezakan dengan 0.6 mata dengan Manchester United yang berada di kedudukan ke-17 dunia.

Bagaimana, kedua-dua pasukan itu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Manchester City yang berada di kedudukan pertama dunia dengan 94.3 mata.

FiveThirtyEight merupakan laman yang melakukan kajian dan analisis bukan sahaja terhadap bolasepak, malahan turut menjalankan kajian dan analisis politik, telah mencipta Indeks Tenaga Bola Sepak (SPI) yang meletakkan ranking berdasarkan penilaian serangan dan pertahanan yang dihasilkan pasukan terlibat.

Penilaian dibuat berdasarkan jumlah gol (jaringan) yang dihasilkan sesebuah kelab ketika menentang pasukan biasa dan jumlah gol yang dibolosi pasukan tersebut.

Penarafan itu dibuat oleh SPI yang memberikan kadar peratusan berdasarkan kemenangan yang diberi tiga mata, seri satu mata, dan kalah tanpa mata.

Manchester City berada di kedudukan pertama dengan Bayern Munich, Liverpool, Barcelona dan PSG berada dalam kumpulan terbaik lima.



Chelsea pula menduduki ranking keenam, manakala Real Madrid di tangga ketujuh, Tottenham di tempat ke-8, Juventus di kedudukan ke-9 dan Arsenal di tangga ke-18.

Berikut adalah kedudukan ataupun senarai 20 pasukan teratas mengikut FiveThirtyEight berdasarkan penarafan SPI mereka.


Tacoma Defiance, yang merupakan kelab divisyen dua dalam liga bolasepak di Amerika Syarikat, dinilai sebagai pasukan paling teruk di dunia dengan berada di kedudukan terakhir (senarai tersebut), mengumpul hanya 3.9 mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post