Pengendali Charlton akui sukar dapatkan penyerang Arsenal.

PENGENDALI Charlton, Lee Bowyer akui sukar untuk dapatkan Eddie Nketiah secara pinjaman musim depan.



Penyerang muda Arsenal itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Charlton namun difahamkan bahawa Bristol City sedia membayar yuran pinjaman beserta gaji pemain tersebut.

Pengendali Arsenal, Unai Emery sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan memberi peluang kepada pemain-pemain muda The Gunners untuk beraksi dalam perlawanan ataupun persiapan pra musim, dalam usaha beliau untuk menilai prestasi pemain-pemain tersebut, sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan mereka di Emirates dalam skuad utama.

Dan minggu lalu, terdapat laporan mengatakan bahawa Arsenal mungkin meminjamkan Eddie Nketiah kepada Bristol City.

BACA : Arsenal dilaporkan berhasrat meminjamkan Eddie Nketiah.

Nketiah, 20, telah menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Bayern Munich dalam aksi pembukaan Champions Cup di Los Angeles beberapa hari lalu.


Namun bukan sahaja Bristol City yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Nketiah, malahan Charlton yang juga beraksi dalam saingan Championship juga dikatakan berhasrat untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman daripada Arsenal.

Pun begitu, pengendali kelab itu, Lee Bowyer mengakui bahawa sukar bagi mereka untuk mendapatkan Nketiah.

Lee Bowyer menjadi pengendali tetap Charlton pada September tahun lalu.

Dan juga Bowyer juga merasakan ianya adalah sukar untuk Arsenal melepaskan pemain muda itu musim depan, baik secara pinjaman mahupun dijual.

Ini kerana menurut bekas pemain Leeds United itu, prestasi cemerlang Nketiah pada bersama pasukan utama Arsenal ketika ini sangat menakjubkan dan memuaskan.



“It is looking difficult. He is in the first-team and doing well in the first-team. I can’t see them letting him out on loan.” said Bowyer. (via London news online)

Post a Comment

Previous Post Next Post