Mauro Icardi dihantar pulang susulan tindakan ejen beliau yang mencetuskan 'onar'.

INTER MILAN telah menghantar penyerang mereka, Mauro Icardi pulang daripada kem latihan pra musim.


Dan mereka juga mengesahkan pemain tersebut tidak akan menyertai pasukan dalam siri jelajah Asia, sebagaimana pengumuman yang dibuat kelab itu melalui laman rasmi mereka.
Ketika ini kelab Itali itu sedang menjalani latihan di Switzerland (Luganosebelum berdepan aksi persahabatan menentang Manchester United, Juventus, Paris Saint-Germain, Tottenham dan Valencia.

Dengan pengumuman yang dibuat Inter itu, masa depan Icardi bersama kelab tersebut mungkin menjadi hari terakhir dia bersama Nerazzurri setelah ejen pemain itu masih meneruskan usaha untuk mencarikan kelab baru.
Icardi mengalas tugas kapten semasa musim 2018-19 dan tanggungjawab itu digantung selepas timbul ketegangan antara dia dan kelab.

Inter Milan hanya mengeluarkan kenyataan ringkas yang memberitahu keputusan berkenaan di buat berdasarkan persetujuan bersama.

Berikut adalah senarai pemain Inter yang menyertai kem di Laguna:

PENJAGA GOL
Samir Handanovic, Daniele Padelli, Tommaso Berni, Filip Stankovic

PERTAHANAN
Danilo D'Ambrosio, Henrique Dalbert, Stefan de Vrij, Andrea Ranocchia, Milan Skriniar, Michael Ntube, Lorenzo Pirola

TENGAH
Borja Valero, Marcelo Brozovic, Antonio Candreva, Roberto Gagliardini, Joao Mario, Valentino Lazaro, Radja Nainggolan, Ivan Perisic, Stefano Sensi, Lucien Agoumé, Tibo Persyn 

PENYERANG
Mauro Icardi, Matteo Politano, Samuele Longo, Facundo Colidio, Sebastiano Esposito, Edoardo Vergani

Post a Comment

Previous Post Next Post