Neymar 'sindir' PSG

KEMELUT yang melanda Paris-Saint Germain dan pemain sensasi mereka, Neymar memasuki babak baru.



Selepas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan gergasi Perancis, Paris-Saint Germain (PSG), hubungan Neymar dan kelab itu semakin keruh setelah permintaan pemain itu ditolak pihak pengurusan kelab.

Selepas dua tahun menjadi pemain yang merekodkan perpindahan paling mahal di dunia, Neymar telah mempertimbangkan masa depannya dari Paris dan menurut laporan, dia sudah memberitahu kelabnya itu bahawa dia mahu meninggalkan pasukan tersebut.

Neymar menyertai PSG daripada Barcelona pada harga €222 juta (kira-kira 1.06 bilion ringgit Malaysia) pada Ogos 2017 dan lima bulan sebelum itu, dia memainkan peranan besar ketika menyingkirkan juara Perancis itu daripada aksi kalah mati Liga Juara-Juara.

Lebih mengeruhkan suasana, apabila bintang Brazil itu dilaporkan bertegang leher bersama PSG selepas dia didakwa sedang mencari jalan untuk kembali menyertai Barcelona.
Pun begitu, disebalik laporan yang mengatakan PSG enggan melepaskan pemain itu keluar, terdapat juga laporan yang mengatakan kelab Perancis itu sedia melepaskan Neymar sekiranya menerima tawaran yang berpatutan.
Dan Pengarah Sukan PSG, Leonardo turut mengesahkan bahawa Neymar boleh meninggalkan kelab itu sekiranya ada kelab sanggup memenuhi bayaran yang ditetapkan.


Bagaikan menyindir PSG (kelab beliau ketika ini), Neymar mendedahkan bahawa aksi Liga juara-Juara 2016-17 yang menyaksikan Barcelona bangkit menewaskan PSG adalah momen terbaik dalam karier bolasepak dirinya.

PSG merekodkan kemenangan 4-0 dalam aksi pertama sebelum Barcelona bangkit dengan kemenangan 6-1 di Camp Nou dengan Neymar menjaringkan dua gol selepas minit ke-88 bagi mencipta sejarah terhebat dalam kancah bola sepak Eropah.

“Saat terindah sebagai pemain? Ada dua, satu ialah ketika memenangi Sukan Olimpik bersama Brazil.

“Satu lagi ialah ketika menentang Paris. Apa perasaan kami selepas jaringan keenam...saya tidak pernah rasakannya. Sangat luar biasa.

“Ketika kami menang menentang PSG dengan Barcelona...situasi luar biasa. Ia adalah perasaan luar biasa buat kami semua,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post