Perpindahan Pogba ke Real Madrid masih menjadi tanda tanya.

PAUL POGBA bersikap acuh tidak acuh ketika ditanya tentang masa depannya bersama Manchester United.

Bintang tengah Perancis itu kini berada di Australia bersama sebahagian besar skuad United dalam perlawanan pra-musim, namun beliau tetap dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Sebelum ini, United dilaporkan telah meletakkan nilai sebanyak £180 juta kepada Real, harga yang menyebabkan perpindahan Pogba masih belum dapat dimuktamadkan lagi.
Sejurus selepas membantu pasukannya mengalahkan Perth Glory 2-0 dalam aksi persahabatan tersebut, pemain berusia 26 tahun itu telah ditanya me­ngenai perpindahannya.
Tiada keperluan (bertanya soalan itu). Tak perlu untuk bercakap,” jelas Pogba ringkas.

Pogba dimasukkan dari bangku simpanan, namun memainkan peranan penting pada babak kedua apabila mencipta gerakan untuk gol pembukaan yang disempurnakan Marcus Rashford.

James Garner kemudian menggandakan kedudukan 2-0.

Post a Comment

Previous Post Next Post