Pendedahan Ketua Rundingan dan Perpindahan The Gunners bagaimana pengerusi Tottenham, Daniel Levy ditipu.

KETUA Rundingan dan Perpindahan Arsenal mendedahkan bagaimana pengerusi Tottenham, Daniel Levy ditipu untuk menutup perpindahan Mesut Ozil.



Daniel Levy cuba menghentikan dan menghalang penjualan pemain Real Madrid ke Arsenal berikutan perpindahan Gareth Bale dari Tottenham.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy
Bale mengakhiri saga perpindahan musim panas dengan perpindahan rekod dunia (ketika itu) pada nilai perpindahan sebanyak £86 juta ke Santiago Bernabeu dalam tempoh beberapa hari selepas tewas pada Derby Utara London awal musim ditangan Arsenal.

BACA: 50 perpindahan termahal dunia.


Levy dan gergasi Sepanyol telah mengadakan perbincangan sepanjang musim panas dan akhirnya persetujuan dicapai diantara mereka dengan Real Madrid mendapatkan bintang Spurs untuk rekod dunia.

Walau bagaimanapun, jumlah perbelanjaan yang besar untuk membawa Bale ke Santiago Bernabeu menyebabkan Real Madrid perlu menjual pemain sedia ada mereka, yang akhirnya membuatkan Mesut Ozil tersedia untuk disambar Arsenal.

BACA : 100 pembelian terbesar kelab Liga Perdana Inggeris.

Penasihat Arsenal, Dick Law telah menjelaskan bagaimana Arsenal dan Real Madrid menyimpan rahsia urusan perpindahan itu ketika pengerusi Tottenham, Levy berusaha untuk menghalang perkara (perpindahan) itu pada hari yang sama perlawanan Derby Utara London berlangsung.

Namun sebelum Arsenal memutuskan untuk mendapatkan Ozil, Real Madrid terlebih dahulu menawarkan dua pemain yang ingin dilepaskan mereka iaitu, Karim Benzema atau Angel Di Maria.

Pun begitu, pengendali pasukan mereka, Carlo Ancelotti tidak mahu melepaskan kedua-dua pemain tersebut, sebaliknya sedia melepaskan Mesut Ozil.

Dipendekan cerita, Arsene Wenger berminat dengan Ozil dan usaha untuk membawa pemain tersebut ke Emirates sememangnya mencabar kerana ianya perlu dilakukan secara senyap (tanpa pengetahuan umum).

Tindakan tersebut kerana tidak mahu Spurs mengetahui urusan Real Madrid bersama Arsenal yang mana ianya adalah salah satu syarat yang dikemukakan Levy terhadap kelab Sepanyol itu.

Namun kebijaksaan barisan pengurusan Arsenal berjaya mengelakkan perkara itu terbongkar malah melengkapkan perpindahan penuh sejarah itu.

Dick Law, penasihat dan Ketua Rundingan Perpindahan Arsenal.
"Kami telah menyelesaikan perjanjian dengan Madrid," kata Law kepada Goal.

"Ivan berada di sana dan saya kini berada di Munich dengan Ozil, dan ini adalah pagi perlawanan menentang Tottenham ketika Ivan [Gazidis, Ketua Eksekutif Arsenal] memanggil saya.

"Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat kembali ke London untuk perlawanan itu kerana dia perlu menyelesaikan perjanjian tersebut dan salah seorang daripada kami perlu berada di dalam kotak pengarah atau Daniel Levy akan menjadi kekok.

Kotak pengarah ataupun directors' box Stadium Emirates. 
"Jose Angel [Sanchez, Pengurus Besar Real Madrid] memberitahu Ivan bahawa Levy telah memanggilnya dan mengatakan syarat terakhir perjanjian penjualan Bale adalah Madrid tidak boleh menjual pemain kepada Arsenal.



"Respon Ivan adalah bahawa Levy telah berbohong kerana dia telah menghabiskan wang Bale, tetapi dia masih berkata kepada saya bahawa kita tidak boleh mengambil peluang dan bertanya adakah saya boleh terbang dari Munich ke London untuk berada di kotak pengarah kerana Tottenham mula berfikir sesuatu telah terjadi.

"Jadi, saya mengambil penerbangan pada jam 11 pagi,  menukar pakaian di dalam perjalanan dan ketika saya masuk ke kotak pengarah, saya melihat Franco Baldini dan Levy, dan mereka bertanya apa yang saya buat, saya katakan ia adalah derby, saya tidak mahu ketinggalan."

Law, kembali semula ke Jerman selepas perlawanan berakhir untuk menyelesaikan urusan kontrak perpindahan Mesut Ozil.

Dan Arsenal melakukan yang terbaik untuk memastikan perpindahan itu tidak menjadi 'kecoh', namun mereka menghadapi masalah ketika Law bertemu dengan wajah yang dikenali ketika sesi medikal Ozil dijalankan.


"Dia menjalani (ujian) di klinik Wohlfahrt di Munich dan tentu saja, kami cuba untuk mengawalnya dengan tenang," kata Law.

"Kami bertemu dengannya di sana dan ketika kami berjalan, di kiri kami adalah Lukas Podolski kerana dia telah mendapat rawatan untuk hamstringnya yang telah dialaminya beberapa minggu sebelum itu.

"Pada saat itu saya menghubungi Arsene dan berkata, berita ini akan keluar kerana Lukas tidak dapat menutup mulutnya pada hari yang baik."

Law turut menjelaskan dimana urusan menandatangani Ozil cukup mencabar kerana selain daripada mahu 'menutup' daripada disedari wartawan dan pihak Spurs, kekangan masa untuk berjumpa dengan Ozil juga begitu terhad memandangkan pemain itu terlibat bersama skuad kebangsaan Jerman.


Namun, segalanya berakhir dengan ceria dimana Bale menyertai Real Madrid pada 1 September dengan Ozil menuju ke Arsenal pada keesokan harinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post