AWOL bermaksud 'Absent without official leave' dan istilah ini pada asalnya digunakan dalam Tentera Amerika Syarikat untuk menggambarkan seorang askar ataupun anggota tentera yang meninggalkan jawatan atapun tugasnya tanpa izin.
Namun penggunaan istilah ini telah pun diguna pakai oleh masyarakat umum termasuklah dalam dunia bolasepak.
Bagi dunia bolasepak, AWOL membawa maksud pemain yang tidak hadir dalam sesi latihan ataupun sebarang bentuk program berkaitan latihan dan aktiviti kelab, termasuklah perlawanan tanpa menerima sebarang pelepasan daripada pihak pengurusan serta tindakan tersebut juga dilakukan tanpa memaklumkan kepada pengurusan kelab.
Dan menjelang pembukaan musim baru yang bakal dibuka tidak lama lagi, serta jendela perpindahan yang rancak dijalankan ketika ini, ada pemain yang menjadi buruan kelab namun tidak mahu meninggalkan kelab yang diwakili ketika ini.
Pun begitu, ada juga pemain yang mahu meninggalkan kelab setelah gagal mendapat kelulusan pihak pengurusan setelah menerima beberapa tawaran menarik.
Antara pemain tersohor yang pernah bertindak sedemikian - AWOL, adalah George Best, Carlos Tevez dan Neymar serta Philippe Coutinho (sekadar menamakan beberapa pemain).
Arsenal, sebelum ini dan dalam beberapa musim terkini, tidak pernah terpalit dengan isu AWOL (betulkan penulis jika terdapat pemain The Gunners yang pernah AWOL) namun tindakan terkini yang dibuat Laurent Koscielny, merekodkan sejarah baru buat The Gunners.
Kapten Arsenal, Laurent Koscielny enggan menyertai ataupun bersama pasukan bagi lawatan pra-musim di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi yang mana beliau ketika ini turut dikaitkan dengan perpindahan.
Laurent Koscielny considers Ligue 1 offer as Arsenal future looks in doubt | @johncrossmirrorhttps://t.co/q6osaJjkJw pic.twitter.com/JRR1kxr33Q— Mirror Football (@MirrorFootball) July 10, 2019
BACA: Gosip perpindahan Arsenal
Tindakan Koscielny itu turut diperjelaskan pihak Arsenal yang mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman rasmi kelab.
"We are very disappointed by Laurent’s actions, which are against our clear instructions."
Ini jelas menunjukkan betapa seriusnya tindakan yang dilakukan Koscielny.
Club statement on Laurent Koscielny— Arsenal FC (@Arsenal) July 11, 2019
Mungkin kisah ini mengingatkan kembali kita kepada Cecs Fabregas dahulu yang 'memberontak' supaya dilepaskan, bagi membolehkan beliau menyertai Barcelona.
![]() |
Perpindahan Fabregas ke Barcelona antara kisah 'pedih' buat penyokong The Gunners. |
Pemain tersebut turut dikatakan tidak gembira dengan situasi yang melanda dirinya ketika ini, namun tindakan yang diambil Zaha masih boleh dipuji berbanding ape yang dilakukan oleh Koscielny.
Sekurang-kurangnya Zaha masih mampu 'berkias' dalam meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
Whatever happened to speaking facts ?its sad and annoying how anyone will just open their mouth and speak on things or situations they know absolutely nothing about 🤷🏽♂️— Wilfried Zaha (@wilfriedzaha) July 6, 2019
Dikatakan, Koscielny ketika ini menerima tiga tawaran daripada kelab lain yang berminat untuk mendapakan khidmat beliau.
Laurent Koscielny has for several weeks been asking Arsenal for a mutual termination agreement so that he can accept 1 of the 3 firm offers he has from Ligue 1. They've so far refused.— Get French Football News (@GFFN) July 11, 2019
Dan sudah tentu juga Arsenal tidak mahu kehilangan pemain secara percuma lagi selepas kehilangan Aaron Ramsey (secara percuma yang menyertai Juventus).
Isu ini berpunca daripada tawaran kontrak yang mana Koscielny (33 tahun) masih mengharapkan kontrak jangka panjang yang mampu memberikan jaminan kepada beliau (masa depan dirinya).
Arsenal were willing to give Laurent Koscielny a new two-year deal but because of his injury record, they offered a lower basic salary which included performance-related pay based on appearances & the option for a free transfer away next summer, but Koscielny rejected. [Mirror] pic.twitter.com/qBPn3pKdsS— afcstuff (@afcstuff) July 11, 2019
Serta turut dilaporkan bahawa Koscielny berhasrat kembali bermain di Perancis dan meminta untuk dilepaskan.
Sources close to Koscielny refusing to comment on the player's decision. Arsenal shellshocked and understandably hugely disappointed that such a respected player is acting in such a manner.— James Benge (@jamesbenge) July 11, 2019
Senarai pemain Arsenal yang menyertai tour pa musim di USA. |
Dan juga, ianya dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dengan menyaksikan pemain melakukan 'protes' untuk berpindah.
Bagi penulis, amat menyedihkan apabila perkara ini terjadi kepada Arsenal dan juga kapten pasukan.
Lebih mengecewakan apabila video pelancaran (promo) jersi Adidas Arsenal baru menyaksikan Koscielny menyebut " we play for the badge" bagaikan omong kosong.
Kini perkara utama selain mencari pertahanan baru, soal siapakah kapten pasukan juga harus diberikan perhatian.
Sama-samalah kita nantikan pengakiran kisah The Kapitan AWOL.
#COYG #WeAreTheArsenl
- MIRROR: https://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/breaking-psg-confirm-neymar-gone-17549050
- Daily Star: https://www.dailystar.co.uk/sport/football/744420/Liverpool-Philippe-Coutinho-slammed-Barcelona-Spanish-media-rumours-gossip
- https://www.urbandictionary.com/define.php?term=AWOL
- Express: https://www.express.co.uk/sport/football/977309/Arsenal-Lucas-Torreira-Cesc-Fabregas-Transfer-News