Penjelasan sebenar bajet perpindahan Arsenal menurut Pengarah Urusan The Gunners.

TERUJA apabila mendengar berita bahawa bajet perpindahan musim panas Arsenal tidak terhad kepada £40 juta sahaja, sebagaimana dilaporkan media sebelum ini.



Mengikut penjelasan Pengarah Urusan Arsenal, Vinai Venkatesham, beliau menegaskan bahawa bajet perpindahan Arsenal bukanlah seperti yang didakwa dan dilaporkan media serta peruntukan tersebut tidak terhad kepada £40 juta sahaja.


Pun begitu, ianya masih menjadi persoalan berapakah nilai sebenar bajet perpindahan yang diperuntukan ataupun diluluskan barisan Lembaga Pengarah (BOD) Arsenal kepada Unai Emery.


Arsenal setakat ini telah berjaya mendapatkan tiga pemain dengan Gabriel Martinelli untuk bayaran yang tidak didedahkan, Dani Ceballos dengan perjanjian pinjaman dari Real Madrid dan William Saliba yang dipinjamkan kembali ke St Etienne.

BUKAN KAMI CAKAP
Penjelasan Venkatesham dibuat ketika beliau berucap pada sesi dialog (Q&A) tahunan kelab penyokong Arsenal.

"Saya tidak mengiktiraf angka £ 40 juta ini, saya banyak membacanya.

"Itu tidak datang dari kami, itu tidak datang dari kelab.

"Nombor-nombor (bajet) itu tidak pernah datang dari kami.



"Kami tidak pernah bercakap tentang berapa banyak wang yang kami perlu belanjakan kerana itu adalah perkara yang sekurang-kurangnya terbaik anda mampu lakukan (membantu).

"Tugas Raul cukup sukar, jika anda pergi ke rundingan dan semua orang tahu berapa banyak wang yang anda ada, ia benar-benar tidak membantu.

"Memang benar bahawa dana kami lebih terhad selepas tiga tahun di Liga Europa, tetapi bajet bukanlah £40 juta.

"Kami mempunyai bajet, tetapi seperti yang dikatakan Raul, ini adalah jendela perpindahan yang sangat sukar dan kami sedang melaluinya.

Beliau turut menegaskan dimana beliau memahami dan merasai kekecewaan yang dihadapi penyokong dan peminat Arsenal, namun kekecewaan tersebut berpunca daripada maklumat yang salah, yang dilaporkan sepanjang jendela perpindahan.

"Saya merasai dan memahami kekecewaan tersebut, tetapi terdapat terlalu banyak maklumat yang salah di pasaran.

"Saya membaca beberapa artikel (laporan) mengenai pemain yang kita terlepas (gagal menandatangani) dan mereka pemain yang tidak pernah kita berunding.

"Saya memahami mengapa sukar bagi peminat untuk memahami apa yang kita lakukan, tetapi saya  boleh katakan itu kerana kira-kira 85% daripada apa yang anda baca adalah tidak benar."

Bagi penulis, tindakan untuk tidak menghebahkan dana ataupun bajet perpindahan yang dimiliki adalah penting dan betul.

Kerana ianya mampu membuatkan kelab yang memiliki pemain yang dikehendaki Arsenal bakal 'menyembelih' kita.

Post a Comment

Previous Post Next Post