'Sailang menyailang' Arsenal dan Spurs.

DENGAN Tottenham dikatakan telah 75% hampir pasti mendapatkan pemain sasaran mereka, Arsenal tiba-tiba muncul untuk meng'sailang'.

Selepas Tottenham bertindak 'mengusik' Arsenal dengan cuba mendapatkan William Saliba yang dilaporkan berada diperingkat akhir rundingan bersama The Gunners, kini giliran mereka pula 'diusik' Arsenal.
Sebelum ini, Arsenal dilaporkan berada diperingkat akhir rundingan diantara kelab Saint Etienne dan Saliba, namun Spurs dilaporkan muncul dengan menawarkan tawaran yang lebih lumayan kepada kelab Perancis itu bagi mendapatkan pemain tersebut.
Namun dalam perkembangan terkini menurut Gazzetta Dello Sport, Arsenal telah membuat langkah awal mereka untuk menandatangani Nicola Zaniolo, pemain yang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Spurs.
Zaniolo adalah salah seorang bakat muda yang menjadi perhatian utama di Itali dan dijangka mampu menjadi seorang pemain terkenal suatu hari nanti.

Beliau mencipta kejutan musim lalu bersama Roma dengan 27 penampilan, menjaringkan empat gol dan merekodkan dua bantuan gol dalam saingan Serie A.

Secara keseluruhan, musim lalu beliau membuat 36 penampilan untuk Roma dengan enam gol dan dua bantuan gol, membuatkan aksi penampilan beliau menarik perhatian di seluruh Eropah.

Tottenham merupakan salah sebuah kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain itu dan awal minggu lalu, Corriere Dello Sport mendedahkan bahawa mereka semakin hampir untuk mendapat tandatangannya.
Akhbar itu melaporkan bahawa Spurs telah bersetuju untuk berurusan dengan pemain berusia 23 tahun yang akan melihat mereka membayar €23 juta dan termasuk Toby Alderweireld dalam perjanjian perpindahan itu.
Roma turut dilaporkan setuju untuk menerima Alderweireld yang turut berminat untuk berpindah, dan mereka hanya menunggu keputusan Zaniolo sahaja.

Urusan ataupun perkembangan perpindahan itu dikatakan memasuki fasa 75% untuk diselesaikan dan terbantut kerana Zaniolo turut mendapat perhatian daripada Juventus dan pemain itu lebih berminat menyertai kelab Itali berbanding liga Perdana Inggeris.

Namun Juventus dilaporkan tidak berminat untuk membayar bagi mendapatkan dirinya.

Terkini, pemain itu turut mendapat perhatian Arsenal yang bakal menyertai pemburuan untuk mendapatkan tandatangan pemain muda itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada Arsenal sedia mengeluarkan belanja yang diminta Roma iaitu €40 juta (kira-kira 36 juta pound), ataupun The Gunners sekadar memberi amaran kepada Spurs supaya tidak mengganggu Saliba.

Post a Comment

Previous Post Next Post