Punca kenapa nilai Kieran Tierney melambung dan kenapa Celtic 'liat' untuk melepaskan pemain itu pada nilai yang rendah.

NILAI pasaran semasa Kieran Tierney adalah sekitar €12.5 juta (£11.2 juta) sahaja namun Celtic mahukan sebanyak £25 juta untuk memulakan rundingan mengenai penjualan pemain itu.



Selepas dua kali tawaran Arsenal ditolak Celtic yang bertegas mahukan £25 juta untuk mereka melepaskan pemain pertahanan berusia 22 tahun itu, The Gunners kini bertindak mengikut kemahuan kelab Scotland itu.

Arsenal dilaporkan telah membida pemain tersebut yang bakal memecahkan rekod perpindahan Liga Scotland, apabila menawarkan £25 juta, sekaligus memenuhi tuntutan awal Celtic.

KENAPA HARGA MELAMBUNG?

Berdasarkan kepada graf peningkatan harga Kieran Tierney dalam pasaran semasa (sumber Transfermark), nilai tertinggi dicatatkan pemain itu adalah pada kadar €12.5 juta sahaja bersama (kira-kira) £11 juta.

Selaku pembeli, sudah tentu kita mempunyai rujukan harga dan tanda aras sebagai panduan untuk membeli.

Dan sudah tentu juga Arsenal mempunyai panel penilaian mereka yang merangkumi pelbagai pihak yang menentukan nilai tersendiri bagi membolehkan pembelian dilakukan pada nilai yang betul dan tepat.

Kieran Tierney merupakan pemain termahal Liga Scotland  dan Celtic ketika ini menurut Transfermark.
Selain nilai pasaran semasa, sudah tentu potensi pemain itu juga diambil kira dalam menentukan nilai pembelian yang sepadan serta berbaloi, serta adakah kemampuan pemain tersebut mampu memenuhi kehendak Ketua Jurulatih Arsenal, Unai Emery.



Jadi mengapa nilai Kieran Tierney begitu meningkat dan kenapa Celtic mahukan nilai yang tinggi?

Jawapan mudah, siapa nak berniaga mengalami kerugian dan siapa yang tidak mahu untung.

Pun begitu, menurut laporan Express pada bulan lalu, penjualan bekas pemain Celtic, Virgil van Dijk menjadi pengajaran kepada kelab Scotland itu agar tidak menjual terlalu murah.

Tawaran pertama Arsenal bernilai  £15 juta dan kedua bernilai £20 juta, ditolak Celtic yang merasakan penilaian yang dibuat The Gunners terhadap pemain mereka terlalu rendah, sebelum (terkini) membuat tawaran terbaru berjumlah £25 juta.

Jumlah £25 juta itu merupakan penilaian Celtic yang dianggap setimpal dengan pemain mereka itu dan juga mereka tidak mahu mengulangi kesilapan lalu apabila mereka menjual Virgil van Dijk kepada Southampton pada tahun 2015 dengan nilai sebanyak  £13 juta sahaja.

Nilai pasaran semasa Virgil van Dijk (€90 juta)dan nilai terdahulu (5 juta)ketika bersama Celtic.
Dan nilai bekas pertahanan mereka ketika itu adalah sekitar €5 juta sahaja dan mereka melepaskan Virgil van Dijk kepada Southampton pada nilai £13 juta.

Walaupun jumlah itu hampir tiga kali ganda daripada pasaran semasa, namun Celtic 'kempunan' apabila menyaksikan nilai pemain tersebut meningkat melebihi lima kali ganda apabila menyertai Liverpool pada nilai £75 juta.



Pendedahan Express itu berdasarkan pendapat David Connolly dari TalkSport yang mengatakan Arsenal sekurang-kurangnya menggandakan nilai semasa (€12.5 juta) pemain itu bagi membolehkan urusniaga dijalankan.

“Look at some of the players that have left Celtic in the past,” said Connolly. (dipetik dari Express)

“For example Van Dijk - when he left for Saints for about £13m - in the end he’s gone to Liverpool for £75m-odd. I’m not saying Kieran Tierney is going to be the same, but £15m isn’t a lot for a player of his quality.

“I’m sure Celtic will be saying ‘you’ve got to pay his market value’, which is near enough at least double that, I would’ve thought.” 

Malahan Connolly juga berpendapat, Arsenal masih mengekalkan cara yang sama dalam berunding dalam mendapatkan pemain sebagaimana ketika era Arsene Wenger yang bermula dari harga yang rendah sebelum meningkatkan nilai tawaran.


“I think that’s just an opening salvo; setting the bar low, typical negotiation from Arsenal. Starting low, and not trying to spend much - a bit like how they famously did business under Arsene Wenger.”

Post a Comment

Previous Post Next Post