Tugas berat Edu yang baru menyertai Arsenal selaku Pengarah Teknikal

9 JULAI 20019, Arsenal telah mengumumkan Edu Gaspar telah dilantik menjadi Pengarah Teknikal pasukan.



Musim depan (2019/20) merupakan musim kedua Unai Emery bertanggungjawab terhadap pasukan utama Arsenal dan ini juga merupakan musim kedua pemain Arsenal tidak lagi menerima tunjuk ajar daripada Arsene Wenger.

Ulasan kali ini bukanlah untuk membandingkan prestasi kedua-dua individu tersebut, namun lebih kepada bekas pemain yang pernah menganggotai skuad invisible Arsenal, Edu.

Namun tugas Edu ketika ini lebih berat berbanding ketika menjadi pemain Arsenal dahulu, beliau kini menjadi Pengarah Teknikal The Gunners yang bertanggungjawab dalam pengurusan yang merangkumi skuad utama, akademi dan pengambilan serta pencarian pemain.

In his role as technical director, Edu will coordinate the work of our first-team coaching group, the academy and player scouting and recruitment in order to oversee the constant building up and efficient strengthening of our squad.
-- Arsenal


Dengan kemelut yang melanda Arsenal ketika ini, sudah pasti Edu memikul tanggungjawab berat dalam memulihkan kembali pasukan terhebat London ini.



Tanggungjawab yang diberikan juga teramat besar dan berat, walaupun masih mempunyai Raul Sanllehi dan Venkatesham untuk bergandingan, bekerja bersama-sama beliau.
Yang jelas ketika ini adalah urusan perpindahan pemain yang menjadi keutamaan dalam persiapan musim baru yang bakal dibuka bulan depan.

Bukan sahaja urusan mendapatkan pemain baharu malahan urusan mengendalikan pemain sedia ada (mengekalkan dan melepaskan), mana pemain yang dirasakan perlu.

Bercakap mengenai pengambilan pemain baru, sudah tentu kita mengharapkan agak beliau dan Arsenal mampu memberikan sesuatu yang 'baru' dan 'hebat' kepada Emery, terutamanya pada barisan pertahanan.

Dan menjadi kebiasaan Arsenal yang memberikan dana yang 'ciput' dalam usaha menguatkan pasukan dan dana tersebut boleh meningkat dengan penjualan pemain sedia ada.

Ini mampu memberikan 'sakit kepala' kepada Edu kerana Mustafi (pemain yang dikatakan tidak mempamerkan prestasi memuaskan) haruslah dijual untuk mendapatkan dana tambahan kepada pembelian pemain baru,



Pun begitu, pemain Jerman itu mengesahkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk berpindah walaupun dikatakan Emery tidak 'menyukainya'.

Begitu juga dengan Chambers, yang turut ingin kekal di Emirates walaupun pengendali Arsenal menganggap beliau adalah pemain 'average', tiada pesona yang memikat Emery.

Terkini, Kapten Arsenal, Koscielny pula 'mengamuk' dengan tidak mahu mengikuti persiapan pra musim di Amerika Syarikat.

Yang tinggal hanyalah Papas seorang pada posisi pertahanan tengah yang menjadi pilihan (menyenangkan hati sesetengah pihak).

Itu baru pada barisan pertahanan tengah belum lagi pemain backup pada pertahanan kiri dan kanan, yang juga dianggap penting.

Mujurlah Arsenal tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, namun itu tidak bermakna persiapan tidak boleh dimulakan pada musim ini / musim depan (2019/20).

Pasti memeningkan Edu dalam menjual dan mendapatkan pemain baharu untuk Emery.

Namun penulis tetap yakin dan optimis, Edu dan Arsenal mampu memberikan yang terbaik musim depan serta Emery juga mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris.

Kerana kita adalah Arsenal dan tidak pernah berputus asa.


“Victory through harmony”

Bangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan.

Post a Comment

Previous Post Next Post