Arsenal buat tawaran perpindahan bernilai 25 juta pound untuk pemain Celtic, Kieran Tierney.

ARSENAL telah membuat tawaran £25 juta untuk dapatkan Kieran Tierney.



Krisis pertahanan Arsenal semakin meruncing selepas kapten pasukan, Laurent Koscielny bertindak mengingkari arahan pihak pengurusan memaksa The Gunners bertindak lebih aggresif dalam jendela perpindahan.

Selepas tawaran pertama berjumlah £15 juta ditolak pihak Celtic yang melaporkan mahukan £25 juta dan ditambah masalah yang ditimbulkan oleh Koscielny, Arsenal kini melakukan bidaan terbaru memenuhi tuntutan kelab Scotland itu. 
Juga tindakan tersebut bagi mengatasi ataupun mengimbangi tawaran yang dibuat seteru setempat Tottenham yang turut dilaporkan membuat bidaan terhadap pemain itu, sebagaimana laporan yang turut mengatakan pihak Spurs telah melakukan bidaan terhadap Saliba.

*terdengar Spurs pun nak bida dan nak sailang jugak

Tawaran seterusnya Arsenal juga gagal menepati permintaan Celtic apabila menawarkan £20 juta dan ditambah £5 juta sebagai bonus (baca: Arsenal percepatkan urusan perpindahan Tierney) serta tawaran gaji yang dikatakan gagal memikat pemain itu sebanyak £60-70k seminggu dikemukakan kelab London itu.
Menurut laporan dan beberapa info yang disebarkan dilaman web, Tierney dikatakan mahukan gajinya sebanyak £150,000 seminggu yang mana ianya sukar untuk dipenuhi Arsenal yang ketika ini dalam usaha mengawal perbelanjaan bulanan gaji pemain.

Dan perkara tersebut menyebabkan rundingan 'terbantut' bukan sahaja dengan Celtic malahan dengan pemain itu sendiri.


Pencarian penulis mengenai sumber yang boleh dipercayai bahawa Tottenham Hotspur juga telah melakukan bidaan tidak menemui sabarang pentunjuk melainkan kisah lama yang mana musuh setempat Arsenal itu hanya dilaporkan berminat untuk mendantangani pemain tersebut musim lalu.
Tiada laporan terkini yang mengatakan Spurs telah membuat tawaran terbaru dan terkini terhadap Celtic bagi mendapatkan pemain tersebut.

Ataupun penulis mungkin silap dalam mengikuti perkembangan pemain ini dan juga terlepas pandang mengenai bidaan yang dilakukan Spurs.

Kieran Tierney, 22 tahun ketika ini masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dihadapinya dan menurut pengurus Celtic, Neil Lennon (dua hari lalu) mengesahkan bahawa tiada tawaran terbaru dibuat bagi mendapatkan pemain tersebut.


"He's still injured and he's rehabbing. He had a double hernia and he still has the Osteitis Pubis problem so it's a slow burner that one". Lennon also confirms there's been no fresh bids for the left-back." - Neil Lennon on Kieran Tierney's injury.

Namun perkembangan terkini menyaksikan Arsenal telah melakukan bidaan yang bakal memecah rekod perpindahan Liga Scotland dengan tawaran berjumlah  £25 juta.

Mampukah Arsenal mendapatkan pemain yang begitu setia dengan pasukan Scotland itu?

Post a Comment

Previous Post Next Post