Punca sebenar mengapa Laurent Koscielny 'memberontak'.

GEMPAR apabila kapten The Gunners, Laurent Koscielny mengingkari perintah pengurusan kelab untuk menyertai Tour USA bagi persiapan pra musim.



Semuanya berpunca daripada rundingan kontrak baru (pembaruan ataupun penyambungan) yang menyebabkan Koscielny 'mengamuk' dan 'berkecil hati'.

Koscielny menyertai Arsenal pada 7 Julai 2010 dari kelab Perancis, Lorient dengan nilai perpindahan dipercayai sekitar £8.45 juta.


Dengan kontrak semasa beliau bakal berakhir pada 30 Jun 2020, pemain berusia 33 tahun ini tidak berhasrat untuk menggantungkan boot dalam masa terdekat dan sebaliknya beliau mencari jaminan untuk kontrak jangka panjang, untuk terus bermain bolasepak diperingkat tertinggi (sekurang-kurangnya).

PUNCA
Mengikut laporan Mirror, rundingan pembaharuan ataupun kontrak lanjutan menjadi punca utama mengapa Koscielny bertindak demikian.


Koscielny masih mempunyai setahun lagi kontrak bersama The Gunners yang mana beliau menerima gaji sebanyak £120,000 seminggu dan beliau mahu melanjutkan kontrak untuk tempoh jangka masa panjang (tambahan) bagi menjamin masa depannya.

Bagaimanapun, Arsenal pula hanya memberi kontrak tambahan setahun dengan menyaksikan pengurangan gaji pada tambahan kontrak itu (untuk tahun kedua, tahun pertama penyambungan selepas Jun 2020).



Dan rundingan (tawaran yang dibuat Arsenal) ini adalah sama sebagaimana tawaran yang pernah dilakukan terhadap Wilshere dahulu.

Pada ketika itu, Arsenal menawarkan Wilshere kontrak yang menyaksikan pengurangan gaji sebanyak 20% daripada apa yang diterima beliau £80,000 seminggu pada ketika itu.

Bagaimanapun tawaran tersebut dapat mengimbangi pendapatan asal (kontrak sebelum/semasa ketika itu) dengan menawarkan bonus yang dapat dicapai berdasarkan masa permainan dan penampilan selain beberapa faktor lain yang dianggap bersesuai dan diibaratkan situasi 'menang-menang' diantara dua pihak (Wilshere dan Arsenal).

Tindakan tersebut dibuat kerana situasi ataupun keadaan fizikal Wilshere yang sering mengalami kecederaan dan gagal membuat penampilan yang menguntungkan kelab.

Serta Arsenal pernah membuat tawaran tersebut (lebih teruk) terhadap Abou Diaby yang mana gaji dibayar berdasarkan penampilan (pay as you play).
Dan berbalik kepada isu Laurent Koscielny, boleh dikatakan ianya adalah tawaran yang hampir sama  (cara pengiraan dan faktor yang diambil kira) dibuat kepada Jack Wilshere dahulu kepada kapten Arsenal ini.



Walaupun Wilshere tidak bersetuju, namun beliau masih setia dengan darah Gunners tanpa melakukan sebarang protes dan menunggu sehingga kontraknya berakhir untuk menyertai pasukan lain.

Mungkin situasi sedikit berbeza kerana permintaan daripada kelab-kelab terhadap Wilsehere dan Koscielny membuatkan tindakan ataupun pendekatan berbeza diambil pemain tersebut.

Namun, menurut laporan BBC pula, rundingan mengenai pembaharuan/penyambungan kontrak telah dimulakan penghujung musim lalu diantara Koscielny dan Arsenal dengan laporan itu mengatakan dimana ianya adalah penyambungan 12 bulan daripada kontrak sedia ada.

Dan ini bermula semenjak Koscielny kembali bersama pasukan selepas sembuh dari kecederaan yang dihadapinya apabila menyedari peluang beraksi untuk dirinya semakin berkurangan dan selepas kegagalan Arsenal untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, ianya semakin menguatkan anggapan beliau bahawa peluang dirinya semakin sukar untuk beraksi dibawah kendalian Emery.

Seterusnya, ianya mendorong pemain itu untuk meminta dilepaskan bagi beliau kembali ke negaranya (Perancis), bermain untuk kelab disana.

Sekembalinya beliau selepas cuti musim lalu, cuti rehat (selepas berakhirnya liga), beliau menjelaskan hasrat tersebut (minta dilepaskan) kepada pengurusan Arsenal, kerana dipercayai kelab Perancis begitu berminat untuk mendapatkan khidmat dirinya.

Pun begitu, hasrat beliau itu ditolak Arsenal yang enggan melepaskan beliau secara percuma dan meminta beliau menghormati kontrak sedia ada.

Towards the end of last season, Arsenal and Koscielny were in negotiations over a contract extension - most likely for an additional year on top of his remaining 12 months.
-- BBC

Setakat ini, pasukan yang yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya itu masih belum membuat sebarang tawaran kepada Arsenal atau erti kata lain, kelab tersebut enggan membayar sebarang yuran perpindahan.

Hal ini memaksa Laurent Koscielny meminta untuk menamatkan kontraknya bersama Arsenal secara percuma.

Turut terdapat laporan mengatakan dimana dalam tawaran kontrak barunya itu, Koscielny boleh meninggalkan Arsenal secara percuma pada musim panas akan datang dan juga akan menerima ganjaran lebih jika The Gunners layak ke Liga Juara-Juara.

Secara kasarnya, Arsenal tidak memotong gaji beliau kerana tawaran (gaji baru) adalah (berkuatkuasa) untuk 12 bulan berikutnya (selepas tamat 30 Jun-kontrak asal).



Gaji baharu untuk tempoh penyambungan kontrak sedia ada (setahun), yang difahamkan ianya adalah lebih rendah daripada apa yang diterima Koscielny ketika ini.

Namun jika diambil kira jumlah bonus yang ditawarkan (penampilan dan lain-lain) ianya adalah hampir sama dengan apa yang diterima ketika ini, £120,000 seminggu.
Anda boleh melihat perkara ini dari sudut berbeza dan menilai sendiri pendirian anda mengenai isu Koscielny ini - AWOL.

Jika anda melihat dari sudut penyokong yang 'Arsenal', anda mungkin mengatakan Arsenal bersikap kejam terhadap pemain berusia 33 tahun yang telah menabur bakti selama sembilan tahun.

Namun jika anda melihat dan menilai dari sudut pihak pengurusan, anda mungkin bersetuju dengan tindakan yang dilakukan (menawarkan kontrak baru dengan pengurangan gaji) untuk pemain yang hanya membuat 13 penampilan liga sahaja musim lalu.

Ditambah dengan kecederaan yang dihadapinya, risiko adalah tinggi untuk mengeluarkan belanja besar bagi seorang pemain yang belum tentu dapat beraksi diprestasi terbaik ataupun sebagai pemain backup.

BACA: AWOL wabak penyakit dan virus ketika jendela perpindahan masih aktif.



Dan Koscielny ketika ini bernilai €8 juta (lebih kurang tujuh juta pound) dalam pasaran semasa ketika ini.

Jika kelab lain berminat untuk mendapatkan khidmat Koscielny, jumlah tersebut tidaklah terlalu membebankan dan sudah tentu juga Arsenal tidak mahu mengalami kerugian.

Rujukan:

Post a Comment

Previous Post Next Post