Laurent Koscielny dihentam teruk oleh bekas pemain The Gunners

BEKAS pemain tengah Arsenal, Perry Groves telah 'menghentam' Laurent Koscielny kerana memaksa untuk dilepaskan secara percuma pada jendela perpindahan musim panas.



Ketika ini isu mengenai tindakan kapten Arsenal yang enggan menyertai pasukan ke Jelajah Amerika Syarikat mendapat perhatian umum dan menjadi topik hangat serta hampir menenggelamkan kisah pencarian pemain baru Arsenal.

Selain mengingkari arahan kelab, Koscielcy juga dilaporkan meminta pihak pengurusan untuk melepaskan beliau secara percuma bagi membolehkan beliau kembali ke Perancis untuk beraksi bersama kelab 'misteri' disana.

Dikatakan tiga kelab berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, namun sehingga ke hari ini masih tiada tawaran dibuat oleh mana-mana kelab kepada Arsenal.

Penghujung Jun, Lyon dikatakan berminat untuk menandatangai Koscielny dengan perpindahan dianggarkan berlaku sekitar €3-4 juta, namun ianya menjadi sepi sehingga kini. Anda boleh membaca laporan disini (Koscielny teruja dengan perpindahan).

Namun sekembalinya beliau dari cuti selepas liga berakhir, untuk memulakan sesi latihan pra musim, kita semua dikejutkan dengan berita bahawa beliau enggan mematahui arahan kelab untuk menyertai siri Jelajah Amerika Syarikat. (Baca : AWOL)

Penjelasan mengenai mengapa Koscielny bertindak sedemikian dijelaskan dalam laporan : Punca sebenar mengapa Laurent Koscielny 'memberontak'.

Pun begitu, tindakan Koscielny bukan sahaja tidak disenangi pihak pengurusan Arsenal, malahan ianya juga menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong The Gunners termasuklah bekas pemain,  Perry Groves.

Melalui rancangan talkSPORT, Groves menyifatkan tindakan Koscielny amat keterlaluan dan tidak menghormati pasukan.

Beliau juga memetik kata-kata Koscielny ketika pemain tersebut mula-mula menyertai Arsenal dahulu.

“I’ll just read out a quote: ‘I don’t believe any French player would have refused to come and play for Arsenal. It took me four years to go from the bench of Ligue 2 to Arsenal, so it is a great achievement. I have been on the crest of a wave for the last few years but it is just the beginning, I haven’t proved anything yet. Arsenal is a reference for football.

“Who said that? Laurent Koscielny when he signed!
“My captain, my arse,”


Groves juga menambah dimana keputusan yang dibuat Koscielny itu bukanlah daripada permainan ejen pemain itu, ini kerana pada usia 33 tahun, kapten Arsenal itu mampu membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Dan Arsenal pula tersepit untuk menghukum Koscielny kerana kekurangan (pemain) pada posisi yang menjadi dilihat kritikal ketika ini.

Walaupun Groves menghentam Koscielny, beliau tetap mengakui bahawa kapten Arsenal itu merupakan pemain yang hebat dan banyak membantu Arsenal.

Namun tindakan Koscielny yang dianggap keterlaluan itu memusnahkan rasa hormat yang telah dibinanya selama sembilan tahun bersama Arsenal.

Petikan laporan talkSPORT.

“I think someone should have a word with him and say, ‘Laurent I think you’ve forgotten your beginnings, I think you’ve forgotten when you’ve come from’.

“I hate it when footballers refuse to play, because they forget the privileged position they’re in.

“They’re in a very small minority of people who love what you’re doing and get paid, he’s been paid handsomely for nine years at Arsenal whether he’s been injured or out of form, they stuck by him.

“If it was a younger player who was being advised and had an agent saying you’ve got to force a move… but he’s 33 and he’s made the decision on his own!

“For him to try and force a move away from Arsenal is an absolute disgrace.

“They should fine him and strip him of the captaincy. It would be great to say you’re never going to play for the club again, but Arsenal are not in that position because they haven’t got enough players.

“And thing he’s done as well is, he’s been there nine years and you wouldn’t put him in the Frank McLintock, Tony Adams, Steve Bould, Sol Campbell, Kolo Toure class, but he’s been a good player for us and he’s won two FA Cups.

“But, he’ll have no affection or good thoughts from the Arsenal fans at all now.”

Post a Comment

Previous Post Next Post