3 Pasukan Lelaki Arsenal Gagal Memenangi Perlawanan Liga Minggu Ini


Aduh malang dan bersedihlah peminat-peminat Arsenal  (termasuk penulis) melihat skuad utama kelab tewas 1-3 kepada Liverpool di Anfield pada awal pagi Ahad tadi.


Perlawanan yang agak seimbang pada mulanya, walau Arsenal dilihat lebih banyak bertahan menyerap gerakan serangan Liverpool terutama dari kiri dan kanan padang. Namun Liverpool menunjukkan mereka lebih hebat dalam perlawanan ini dengan menjaringkan tiga gol selepas sejam perlawanan berlangsung, dan peroleh mata berharga menentang musuh hebat liga.



Percaturan Unai Emery nampaknya tidak berhasil. Walau keputusan ini mengecewakannya, beliau masih optimistik dan melihat beberapa perkara dalam perlawanan ini.



Selain skuad utama Arsenal, dua lagi pasukan lelaki Arsenal gagal memenangi perlawanan liga mereka minggu ini.

Skuad bawah 23 tahun Arsenal yang bertanding dalam divisyen 1 Premier League 2, mencatat keputusan seri 2-2 menentang juara Premier League 2 musim lepas iaitu Everton.

Gol daripada pemain muda Arsenal, Tyreece John-Jules sangat cantik kerana hampir menyerupai gol Aaron Ramsey ketika menentang Spartak Moscow dalam saingan Europa League 2017/18.


Gaya voli backheel Tyreece John-Jules menjaringkan gol pertama perlawanan
Anak buah Steve Bould dua kali mendahului dalam perlawanan ini menerusi John-Jules dan Robbie Burton, namun dikejar kembali oleh Everton menerusi penyerang mereka, Anthony Gordon.

Keputusan seri ini meletakkan mereka di tangga kedua liga dibelakang Chelsea selepas tiga perlawanan, mengumpul 7 mata hasil menang dua dan seri satu perlawanan,



Senarai skuad Arsenal U23 menentang Everton U23



Kesebelasan utama: Karl Hein (GK), Zak Swanson ⮟'71, Rob Holding, Harrison Clarke, Tolaji Bola, Robbie Burton (C) ⚽'23, Emile Smith-Rowe ⮟'77, Tyreece John-Jules ⚽'5, Trae Coyle, Folarin Bolagun, Bukayo Saka ⮟'64

Simpanan: James Hillson, Joseph Olowu ⮝'71, Jordan McEneff ⮝'77, James Olayinka, Nathan Tormey ⮝'64.



Skuad bawah 18 tahun pula hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 menentang West Ham United di Little Health Sports Ground dalam perlawanan ketiga U18 Premier League South 2019/20.

Luke Plange menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-76 selepas West Ham mendahului seawal minit ke-6 menerusi Chesters.


Luke Plange

Anak buah bimbingan Ken Gillard dan Greg Lincoln kini mengumpul 4 mata dari tiga perlawanan (1 menang, 1 seri, 1 kalah).

Senarai skuad Arsenal U18 menentang West Ham United U18

Kesebelasan utama: Hubert Graczyk (GK), Jason Sraha ⮟'16, Ryan Alebiosu, Monlouis, Mazeed Ogungbo, Miguel Azeez, Catalin Cirjan, Mathews, Matthew Dennis ⮟'56, Sam Greenwood ⮟'10, Nathan Butler-Oyedeji 

Simpanan: Mitchell, Alex Kirk , Luke Plange ⮝'56 ⚽'76, Kido Taylor-Hart ⮝'10, Jeffcott ⮝'16.

Post a Comment

Previous Post Next Post