Arsenal sedia lepaskan Nacho Monreal pada jendela perpindahan ini kepada kelab Sepanyol

NACHO MONREAL berada di ambang perpindahan meninggalkan Arsenal selepas bersetuju dengan kontrak bersama Real Sociedad, menurut laporan di Sepanyol.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menghabiskan masa lebih enam tahun bersama The Gunners namun, posisi dan kedudukan beliau menjadi tanda tanya selepas kelab menandatangani Kieran Tierney dari Celtic awal musim panas ini.


Unai Emery telah mengesahkan bahawa Arsenal terbuka untuk menjual Mohamed Elneny dan Shkodran Mustafi sebelum jendela perpindahan ditutup di seluruh Eropah.

Tetapi menurut Marca, The Gunners juga akan melepaskan Monreal ketika mereka hampir mencapai persetujuann bersama  dengan Real Sociedad.

Laporan itu mendakwa Monreal akan menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk menyambungkan kontrak bersama mereka pada musim ketiga bersama kelab Sepanyol itu. 

Real Sociedad yakin perpindahan itu akan diselesaikan pada minggu ini dan merancang untuk memuktamadkan perjanjian selepas pertembungan Arsenal dengan Liverpool di Anfield.

Menurut laporan Marca itu, mereka mengatakan bahawa Real Sociedad akan membayar Arsenal dengan 'bayaran kecil' untuk mendapatkan khidmat pertahanan kiri itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post