De Bruyne bakal pecahkan rekod milik Mesut Ozil dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

PEMAIN tengah Manchester City ini kurang satu sahaja lagi untuk mencatatkan 50 bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris dan bakal mencipta rekod baharu, yang lebih cepat daripada bintang Arsenal.



Kevin De Bruyne bakal mencipta rekod baru sebagai pemain paling produktif dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan akan memadamkan rekod ketika ini yang dimiliki oleh Mesut Ozil,sekiranya menghasilkan bantuan gol untuk Manchester City pada perlawanan malam ini menentang AFC Bournemouth.


Pemain tengah City menghasilkan dua bantuan gol ketika Citizens terikat 2-2 hujung minggu lalu ketika menentang Tottenham Hotspur. 

Dua bantuan tersebut membuatkan beliau kini semakin menghampiri untuk merekodkan 50 bantuan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

De Bruyne telah mencipta 49 bantuan gol dalam hanya 122 perlawanan ketika ini dan bakal memecahkan rekod separuh abad lebih cepat daripada mana-mana 36 pemain yang telah mencapai jumlah itu.

Paling pantas untuk menghasilkan ataupun mencipta 50 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini dimiliki oleh Ozil, yang mengambil 141 penampilan untuk Arsenal bagi melakukannya. 

De Bruyne masih mempunyai 18 perlawanan lagi untuk menghasilkan bantuan gol ke-50 bagi memadamkan rekod yang dimiliki oleh pemain The Gunners itu.


Top 5 rekod penampilan paling sedikit dalam menghasilkan 50 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah seperti berikut:

Pemain Jumlah perlawanan
Mesut Ozil 141
Eric Cantona 143
Dennis Bergkamp 146
Cesc Fabregas 165
David Silva 166

De Bruyne juga menciptakan dan menghasilkan dari segi purata yang terbaik untuk minit setiap bantuan gol dihasilkan jika dibandingkan di kalangan pemain Liga Perdana yang mantap.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menghasilkan satu bantuan gol setiap 189 minit. Ini adalah 25 minit lebih cepat berbanding pemain terbaik sebelum ini iaitu bekas penyerang Arsenal, Jose Antonio Reyes.

Mendiang Reyes merupakan pemain terbaik secara purata setiap minit menghasilkan bantuan gol sebelum dipintas De Bryune.
Purata 10 pemain terbaik bagi minit setiap bantuan gol dihasilkan.
Pemain* Bantuan Gol Min/bantuan
Kevin De Bruyne 49 189
Jose Antonio Reyes 21 214
Leroy Sane 28 217
Faustino Asprilla 14 225
Nani 43 226
Dimitri Payet 18 227
Dennis Bergkamp 94 236
Cesc Fabregas 111 238
Eric Cantona 56 246
Eyal Berkovic 41 265
* minimum 3,000 minit

Setelah menghasilkan tiga bantuan gol musim ini, De Bruyne merupakan pemain yang mendahului senarai awal dalam perlumbaan untuk Anugerah Playmaker 2019/20, yang diberikan kepada pemain yang paling banyak menghasilkan bantuan gol setiap musim.

Pemain Belgium itu berhasrat untuk mengambil kembali gelaran itu selepas memenangi anugerah sulung pada musim 2017/18 dengan 16 bantuan gol.

De Bruyne turut berpeluang untuk mencabar rekod bantuan gol paling banyak dalam sejarah Liga Perdana sepanjang zaman yang dimiliki oleh oleh Ryan Giggs dengan 162 bantuan gol.

Anugerah Playmaker
Anugerah Playmaker Liga Perdana diperkenalkan pada musim 2017/18 untuk memberi ganjaran kepada pemain yang mencipta bantuan gol paling banyak untuk pasukan mereka.

Anugerah itu, yang disampaikan oleh Cadbury yang merupakan rakan kongsi makanan ringan rasmi Liga Perdana, akan dianugerahkan kepada pemain  yang menghasilkan jumlah bantuan gol tertinggi  / terbanyak dalam satu musim Liga Perdana.

Pemenang pertama tahun anugerah itu adalah ialah Kevin De Bruyne, yang menghasilkan 16 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana dalam kempen yang menyaksikan Manchester City memenangi gelaran liga ketika itu.


Manakala musim lalu (2018/19), anugerah tersebut menjadi milik pemain  Chelsea, Eden Hazard yang menghasilkan 15 bantuan gol.

Musim Pemain Kelab Jumlah Bantuan gol
2017/18 Kevin De Bruyne MCI 16
2018/19 Eden Hazard CHE 15

Post a Comment

Previous Post Next Post