Aaron Ramsey Gembira Dapat Kembali Bermain Selepas Pulih Kecederaan

Aaron Ramsey telah menggariskan perasaan bangga dirinya selepas dapat menyarung jersi hitam putih Juventus dan membuat debut untuk kelab gergasi Itali itu.
Pemain Wales tersebut diberikan peluang bermain pertama kali sejak menyertai kelab dari Arsenal secara percuma, selepas kontraknya tamat pada musim panas lalu.

Beliau terpaksa menunggu peluangnya hadir sejak tiba di Turin kerana masalah kecederaannya.

Dengan baki 20 minit lagi, Ramsey masuk sebagai pemain gantian menggantikan Federico Bernardeschi dalam perlawanan persahabatan menentang Triestina.

'Ya, saya rasa bagus. Saya melalui rehab yang bagus dan berharap dapat kekal cergas dan sihat untuk membantu pasukan sebanyak mungkin,' katanya kepada para wartawan selepas tamat perlawanan.

'Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya (bolasepak Itali) dan menimba pengalaman liga Itali. Kami akan mula pada hari Sabtu, dan saya menunggu peluang bermain perlawanan kompetitif pertama saya.'
'Ini merupakan saat yang membanggakan untuk menyarung jersi ini. Saya gembira dapat bermain selama beberapa minit pada malam ini.

'Saya sudah bekerja keras dan berharap dapat kekal cergas. Fizikal saya agak bagus. Ia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk berada di tahap itu.

Juventus akan memulakan kempen Serie A pada 24 Ogos menentang Parma di tempat lawan, dengan Ramsey berpotensi untuk memulakan perlawanan untuk juara bertahan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post