Robin Van Persie Kecam Pertahanan Arsenal

Robin van Persie telah mengecam barisan pertahanan Arsenal kerana beberapa kesilapan mereka telah membenarkan Burnley untuk menyamakan kedudukan dalam perlawanan semalam di Emirates.

Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette telah menjaringkan gol pertama perlawanan selepas berjaya mengatasi asakan pemain pertahanan lawan di dalam kotak penalti sebelum merembat bola melepas penjaga gol Burnley, Nick Pope.

Namun Arsenal kelihatan sangat rapuh setiap kali Burnley melakukan serangan.

Dan hasil usaha gigih the Clarets telah membuahkan hasil apabila Ashley Barnes berjaya menolak mudah bola dari jarak dekat pada minit ke-43, selepas kesilapan yang berlaku di bahagian pertahanan the Gunners.

Pemain sayap, Dwight McNeill mendapat ruang yang secukupnya untuk memasuki kotak penalti dan melakukan rembatan ke arah gol, namun bola terkena pemain dan sampai ke kaki Barnes, dari jarak hanya lima meter, mudah untuknya menjaringkan gol sebelum dapat dihalang David Luiz atau Matteo Guendouzi.


Bernd Leno pula yang tertipu dengan bola tampanan itu terkial-kial untuk bangun untuk menepis bola itu.
"Mereka kelihatan rapuh setiap kali sepakan sudut, bola hantaran jauh, dan setiap kali bola dihantar masuk ke dalam kotak," katanya kepada BT Sport.

"Saya sudah kata sebelum perlawanan, mereka perlu memperbaiki ini, mereka hilang banyak mata kerana perkara ini. Kalau mereka baiki back four mereka, mereka boleh menang 10 ke 12 mata semusim." 

Pertahanan Arsenal menjadi kecaman musim lepas selepas melepaskan 51 gol dalam Premier League.

Selepas pemergian Laurent Koscielny (Bordeaux), Carl Jenkinson (Nottingham Forest) dan Krystian Bielik (Derby County), muka baru Arsenal iaitu David Luiz dan Kieran Tierney diharap dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post