David Luiz dedah perbincangan jujur bersama Frank Lampard sebelum sertai Arsenal.

JENDELA perpindahan musim panas Arsenal kali ini memberi kejutan apabila menandatangani pertahanan Chelsea, David Luiz.



Tidak dapat dipastikan sama ada ianya pembelian panik ataupun dirancang lebih awal.

Ini kerana rumors mengenai perpindahan Luiz ke Arsenal, semakin kuat diperkatakan selepas kapten pasukan, Laurent Koscielny begitu hampir meninggalkan pasukan.

Perpindahan Koscielny penuh dengan kontroversi.
Pun begitu, perpindahan Luiz ke Arsenal mengikut laporan 90min, ianya adalah berpunca daripada pengendali baharu The Blues, Frank Lampard yang mahukan perubahan.

Melalui pendedahan tersebut, David Luiz menjelaskan bagaimana perpisahannya dari Chelsea berpunca daripada percanggahan pendapat dan falsafah di antara dirinya dan Lampard.

Pengurus Chelsea, Lampard, merupakan rakan sepasukan Luiz di Chelsea beberapa tahun lalu, lebih memilih pemain muda seperti Andreas Christensen dan Fikayo Tomori pada pertahanan tengah.

Dan jelas pendirian dan pelan Lampard dalam melakukan pembaharuan tidak lagi memihak kepada Luiz.

Lampard dan Luiz pernah beraksi bersama-sama ketika bersama Chelsea.
Pertahanan veteran itu menjelaskan mengenai keputusannya untuk berpindah dari kelab itu selepas debutnya untuk The Gunners dalam kemenangan 2-1 ke atas Burnley dan menyatakan kepada Mundo ESPN.

"Dalam perbincangan dengan Frank [Lampard], [dia menyatakan] dia memiliki pelan yang berbeza untuk tahun ini.

"Jadi kami bercakap secara jujur, dan dia menjelaskan bahawa dia mempunyai idea yang berbeza dari saya, jadi saya mendapat peluang ini, untuk menerima tawaran dari Arsenal, yang merupakan kelab hebat.

"Saya masih menghormati Chelsea. Tetapi keputusan saya juga menghormati Chelsea dan pengurus baru mereka, yang ingin melaksanakan falsafah yang berbeza di kelab itu.

"Dan saya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan baru ini, sebuah rumah baru, di mana saya akan melakukan segala-galanya untuk bersinar juga [seperti yang saya lakukan di Chelsea]."

Keputusan itu sememangnya kejutan kepada peminat kedua-dua kelab kerana Luiz hanya mendedahkan hasratnya untuk meninggalkan Chelsea dalam beberapa hari terakhir penutupan jendela perpindahan musim panas.

Dan Luiz bersama Arsenal menikmati permulaan musim ini dengan situasi berbeza apabila The Gunners berjaya mencatatkan kemenangan manakala Chelsea pula menerima kekalahan ditangan Manchester United pada perlawanan pembukaan liga mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post