Perkembangan kesihatan terkini Kieran Tierney membimbangkan, adakah Arsenal akan meneruskan usaha?

PENGURUS Celtic, Neil Lennon telah mendedahkan bahawa Kieran Tierney masih bergelut dengan kecederaan dan tidak selesa ketika menendang bola.

Arsenal dilaporkan 'terdesak' untuk menandatangani pemain pertahanan baharu bagi menguatkan skuad kendalian Emery musim depan.

Selepas melengkapkan perpindahan Nicola Pepe, tumpuan The Gunners kini dikatakan terarah pemain pertahanan dan antara nama yang kuat diperkatakan ketika ini adalah pertahanan Celtic, Kieran Tierney.

Walaupun dua tawaran sebelum ini yang dikemukakan Arsenal telah ditolak Celtic, namun dikatakan bahawa The Gunners masih tidak berputus asa dan sedia untuk membuat tawaran yang memenuhi permintaan pasukan Scotland itu.

Tawaran pertama berjumlah £15 juta, ditolak dengan alasan Celtic menilai pemain tersebut melebihi apa yang ditawarkan Arsenal walaupun nilai pemain tersebut pada pasaran semasa bernilai €12.5 juta (£ 11 juta).

Manakala tawaran kedua yang dilakukan Arsenal (£25 juta - sebagaimana dipinta Celtic) turut ditolak kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan The Gunners yang membayar pendahuluan sebanyak £22.5 juta dan £2.5 juta lagi sebagai tambahan bonus.

Celtic dilaporkan mahukan £25 juta diselesaikan dan dibayar sekaligus.
Walaupun perkembangan terkini mengatakan bahawa Arsenal sedia untuk melakukan sekali lagi tawaran yang memenuhi permintaan Celtic itu, namun pengendali kelab Scotland tersebut memberikan perkembangan kesihatan dan kecergasan terkini mengenai Tierney yang mungkin merisaukan kedua-dua pihak.

Menurut Lennon, Tierney masih bergelut dengan kecederaan dan tidak selesa untuk menendang bola pada sesi latihan yang baru disertai pemain tersebut.

“Kieran started kicking a ball on Wednesday, but he's still feeling some discomfort there.

“We'll see how it is when things settle down because it's a very unsettling time for him at the minute.

“The injury has compounded that frustration because he's not 100 per cent right.”

Lennon added: “He's still injured and he's rehabbing. He had a double hernia and he still has the Osteitis pubis problem so it's a slow burner that one.”
Perkembangan itu menyaksikan Tierney kemungkinan terpaksa berehat selama dua bulan selepas dikatakan mengalami kecederaan pada pehanya dan dijangka pulih sepenuhnya pada pertengahan Ogos nanti.

Rekod kecederaan dan terkini Tierney.
Jika benar Tierney mengalami kecederaan sebagaimana dilaporkan dah berdasarkan statistik diatas (rekod kecederaan), adakah Arsenal masih berminat untuk meneruskan usaha mendapatkan pertahanan muda itu?

Sudah pasti staff yang 'meriki' Tierney mengetahui rekod kecederaan lampau di alami pemain tersebut, namun dengan kecederaan terkini itu, adakah ianya masih relevan untuk mendapatkan pertahanan muda ini?

Selain Tierney, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan lain seperti Ruben Dias, Dan-Axel ZagadouPresnel Kimpembe dan Issa Diop.

Post a Comment

Previous Post Next Post