Aksi Nicolas Pepe yang mempesonakan dengan kemahiran keterlaluan meng-ayam-ayamkan pemain Burnley.

AKHIRNYA... walaupun sekadar 45 minit, namun peminat dan penyokong Arsenal pasti teruja dan berpuas hati dengan aksi Nicolas Pepe.

Pemain antarabangsa Ivory Coast, Nicolas Pepe yang ditandatangani Arsenal dengan nilai perpindahan termahal kelab, £72 juta pada jendela perpindahan musim panas ini mempamerkan aksi memukau dalam kemenangan 2-1 keatas Burnley.

Nicolas Pepe memberi 'teaser' kepada peminat Arsenal dengan mempamerkan sedikit bakat dan kebolehannya setelah dibawa masuk pada babak kedua perlawanan menentang anak didik Sean Dyche pada hari Sabtu.

Malah pengendali Arsenal, Unai Emery turut teruja dengan aksi pemain sayap itu.

"Impak Pepe sangat baik," kata Unai Emery selepas perlawanan.

"Empat puluh lima minit hari ini, dia telah bersama kami hanya dua minggu dan dia perlu menyesuaikan lebih banyak lagi.

"Saya bercakap dengannya [hari Jumaat] mengenai bagaimana dia merasakan setiap hari bersama kami, bagaimana perasaannya sebelum perlawanan, dan dia berasa lebih baik, tetapi dia memerlukan lebih banyak. Hari ini, saya rasa 45 minit adalah sempurna untuknya. "

Bagaimana pun, kedua-dua pemain baru yang dibawa masuk Arsenal, Dani Ceballos dan David Luiz berjaya membuat kemunculan penuh dalam kemenangan ke atas Burnley, manakala Sead Kolasinac merupakan pemain gantian yang dibawa masuk pada minit ke-71 dan Mesut Ozil terlepas sepenuhnya perlawanan itu selepas dilaporkan mengalami kesakitan (tidak sihat).

Saksikan 'teaser' skill dan kebolehan Pepe dalam meng-ayam-ayamkan pemain Burnley.

Post a Comment

Previous Post Next Post