Kehadiran Dani Ceballos berikan sesuatu kepada pemain Arsenal dan Willock gembira dengannya.

DANI CEBALLOS, pemain Real Madrid yang menyertai Arsenal secara pinjaman untuk tempoh semusim pada saingan musim ini, berjaya pikat pemain dan peminat The Gunners.



Gagal mendapat tempat bersama skuad bimbingan Zinedine Zidane menyebabkan beliau berhijrah sementara ke London untuk menyarung jersi Arsenal dan bermain di bawah kendalian rakan senegaranya, Unai Emery.

Ceballos menyertai Real Madrid pada 14 Julai 2017 daripada kelab Betis dengan nilai perpindahan sebanyak €18 juta (anggaran).

Bersama gergasi Sepanyol itu, beliau membuat 34 penampilan secara keseluruhan pada musim lalu dengan tiga gol dan dua bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

MUSIM SAINGAN Penampilan Jaringan Bantuan
2013–14 La Liga - Betis 1 0 0
2014–15 Segunda División - Betis B 39 5 5
2015–16 La Liga - Betis 38 - 2
2016–17 La Liga - Betis 31 2 2
2017–18 La Liga - Real Madrid 22 2 -
2018–19 La Liga - Real Madrid 34 3 2
2019–20 Premier League 2 - 2

Walaupun baru menyertai Arsenal dan hanya beraksi dua perlawanan setakat ini, namun jumlah bantuan gol yang dihasilkan beliau itu (dalam dua perlawanan bersama Arsenal) telah menyamai rekod bantuan gol beliau musim lalu (ketika bersama Real Madrid).

Persembahan menarik yang dipamerkan beliau itu (walaupun masih awal untuk dinilai), namun ianya sudah tentu memberikan kelebihan dan persaingan dikalangan pemain Arsenal untuk bersaing dalam merebut tempat, terutamanya pada posisi tengah.

Dan pemain muda Arsenal, Joe Willock mendedahkan bagaimana pemain Arsenal melihat apa yang diberikan dan ditunjukkan Dani Ceballos dalam latihan setiap hari.


Menurut Willock, Dani Ceballos sudah pun memberikan kesan kehadirannya di utara London.

Musim lalu, Arsenal telah meminjam pemain Barcelona, Denis Suarez namun pemain tersebut gagal memberikan 'sesuatu' kepada pasukan mahupun kepada pemain-pemain muda The Gunners.

Namun, musim ini, kehadiran Ceballos adalah sebaliknya dan Willock mengakui bahawa bilik persalinan Arsenal menyedari bahawa kehadiran pemain tersebut adalah sesuatu yang mampu memberi kelebihan kepada pasukan.

"Anda lihat dalam latihan setiap hari, dia teknikal dan dia dari kelab besar seperti Real Madrid," jelasnya (via Daily Mail).

"Ini adalah persembahan yang kami harapkan - tetapi dia cemerlang hari ini."

The Gunners memperolehi kemenangan 2-1 ke atas Burnley dan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan selepas Alexandre Lacazette menjaringkan gol pembukaan dan pendahuluan perlawanan.

Dan pengendali Arsenal mengakui bahawa prestasi yang dipamerkan anak buahnya masih banyak yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi.

"Kami tidak mengawal permainan seperti yang kami mahukan," kata Emery.

"Kita perlu bertambah baik. Setiap perlawanan memberi kami banyak maklumat. Saya fikir kita boleh melakukan lebih baik.

"Kami kehilangan beberapa bola mudah pada kebanyakkan masa-masa, tetapi secara umum kami boleh berbangga dengan perlawanan pertama kami di sini."

Selain Ceballos, Nicolas Pepe juga memberikan kejutan pada perlawanan tersebut dengan aksi yang memukau walaupun masih tidak beraksi penuh (90 minit).

Dan pengendali The Gunners itu enggan mengulas lanjut mengenai prestasi pemain baru yang dibawa masuk musim ini, sebaliknya mahu memberikan penekanan terhadap prestasi keseluruhan pasukan.

"Saya mahu bercakap mengenai pasukan, tetapi untuk perlawanan pertama [di laman sendiri] itu bagus.

"Ia baik untuk David [Luiz], untuk Pepe, untuk Dani [Ceballos], yang meneruskan langkah seterusnya."

Arsenal akan menghadapi Liverpool di Anfield pada Ahad ini (25 Ogos) jam 12.30 pagi waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post