Alex Iwobi Yakin Tahap Permainannya Meningkat

Alexander Chuka Iwobi atau lebih dikenali sebagai Alex Iwobi mula membuat penampilan untuk Arsenal pada tahun 2016 di bawah pengurusan Arsene Wenger.

Kepantasan gerakan kaki dan kekuatan fizikal semasa membawa bola menjadi kelebihan buat pemain sayap ini untuk mengucar-kacirkan barisan pertahan lawan.

Dan kini selepas semusim bermain dibawah pengurus baru, Unai Emery, beliau yakin yang beliau telah membuat percapaian baru.




FOURFOURTWO (FFT): Adakah anda rasa permainan anda sudah meningkat selepas tamat musim pertama di bawah Unai Emery?
ALEX IWOBI (AI): Saya berjaya menjaringkan lebih banyak gol dari musim sebelum, bermain lebih perlawanan penting dan lebih cekap dan tangkas ketika berada di kawasan lawan. Pengalaman merupakan salah satu faktor, tetapi Unai adalah faktor terbesar dalam hal ini. Beliau mahu saya bermain lebih tinggi dan jauh supaya saya dapat mengasingkan diri, berhadapan dengan pemain bek sahaja. Saya yakin dengan kemampuan saya ketika berada di situasi satu lawan satu, jadi ianya sangat efektif.

FFT: Adakah penting untuk anda untuk mengetahui anda mendapat kepercayaan pengurus?
AI: Sangat penting, terutama untuk seorang pemain kreatif - anda perlu percaya dengan diri sendiri supaya anda tidak takut untuk mencuba sesuatu, walau ianya tidak membuahkan hasil pada percubaan pertama kali. "Teruskan apa yang anda lakukan", itu yang dia selalu katakan. Unai selalu bercakap dengan dengan Auba, selepas beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Tottenham Hotspur. Ini dapat membantu Auba pada minggu seterusnya apabila beliau menjaringkan satu gol ketika menentang Manchester United.

FFT: Adakah sukar untuk anda memberi respon terhadap kritikan peribadi, terutama daripada penyokong kelab sendiri?
AI: Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya boleh mengawal perasaan diri untuk perkara sebegini. Apabila anda bermain di kelab seperti Arsenal, ramai orang akan menyayangi anda bila bermain dengan baik, tetapi akan dikritik dengan teruk dan secepat mungkin bila perkara berlaku tidak seperti yang diharapkan. Pengurus sentiasa menasihati kami bahawa penting untuk belajar dari kesilapan, dan maju ke depan.

FFT: Siapaka pemain yang anda sentiasa perhatikan ketika anda masih bermain di akademi Arsenal?
AI: Idola saya semasa saya membesar ialah Jack Wilshere. Beliau merupakan seorang pemain teknikal yang bagus yang meningkat dengan baik di akademi dan memainkan peranan besar dalam skuad utama. Kami sentiasa menanti nasihat daripadanya . Beliau mungkin pengaruh terbesar saya di kelab - dia dan Mikel Arteta, yang berlatih dengan skuad bawah 21 tahun ketika dalam proses pemulihan dari kecederaan. Saya suka berjenaka dan ketawa, tetapi Mikel memberitahu saya untuk fokus dalam bolasepak. Anda akan mendengar apabila seseorang sepertinya memberi kata-kata sebegitu.

Jack Wilshere dan Mikel Arteta
FFT: Apakah sasaran atau cita-cita peribadi anda untuk musim 2019/20?
AI: Untuk memenangi sesuatu. Saya mahukan pengalaman memenangi sesuatu, yang anda dapat rasa apabila anda memenangi sebuah trofi. Saya berada di bangku simpanan semasa trofi terakhir dimenangi Arsenal [Piala FA 2017], dan saya dapat merasainya. Saya mahukan lebih lagi. Kami sentiasa berusaha gigih untuk menjadi lebih baik. Terdapat banyak perkara positif di sekeliling kelab ini, dan juga terdapat beberapa perubahan yang berlaku, dan saya rasa sungguh selesa dan gembira dapat berada di sini.

Sumber: Majalah FourFourTwo Ogos 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post