Juventus Tolak Tawaran Arsenal Untuk Daniele Rugani

The Gunners telah membuat tawaran pinjaman dua tahun untuk mendapatkan pemain pertahanan antarabangsa Itali, Daniele Rugani namun telah ditolak oleh Juventus.

Skuad kendalian Unai Emery mahu memperbaiki bahagian pertahanan mereka sebelum tarikh tutup perpindahan pemain di England yang jatuh pada hari Khamis depan.

Daniele Rugani
Kieran Tierney
Mereka mahu mencari pemain bek kiri dan pertahanan tengah yang baru secepat mungkin.

Pemain bek kiri Celtic Glasgow, Kieran Tierney masih menjadi keutamaan kelab, walau dua kali bidaan Arsenal telah ditolak oleh kelab Scotland tersebut.

Rugani menjadi sasaran mereka, setelah pemain tersebut sukar untuk menempatkan dirinya bermain dengan lebih kerap di Juventus sejak pulang dari tempoh pinjaman di Empoli pada tahun 2015.

Tawaran pinjaman dua tahun Arsenal, dengan pilihan untuk membeli pada musim depan, telah ditolak Juventus kerana kelab tersebut mahu lima orang pemain pertahanan tengah dalam skuad menjelang musim baru ini, dan mereka juga risau dengan tahap kecergasan Giorgio Chiellini.

Rugani juga dilaporkan gembira untuk terus kekal di Turin, bersedia untuk bekerja di bawah pengurus baru, Maurizio Sarri - yang mempunyai hubungan baik dengan dirinya semasa di Empoli.

Ini menyebabkan Arsenal terpaksa mencari di tempat lain pada hari-hari terakhir tingkap perpindahan pemain musim panas ini, dan dijangka akan ada aktiviti perpindahan masuk dan keluar di kelab itu.

Walau Arsenal membuat bidaan sebanyak £25 juta seperti yang dimahukan Celtic, tetapi masih ditolak oleh Celtic kerana hanya menepati beberapa klausa tambahan sahaja.

Perbincangan mengenai struktur pembayaran masih diteruskan, dan harap dapat diselesaikan sebelum hari terakhir.

Pengurus Celtic, Neil Lennon, juga mengakui bahawa kelab itu sedang menanti tawaran ketiga untuk pemain antarabangsa Scotland itu.

"Selalunya perkara sebegini akan terjadi lagi," katanya. "Saya boleh bayangkan akan ada tawaran baru.

"Untuk sesetengah pemain, harga pasaran pemain masih belum dicapai dan hanya kelab yang tahu mengenai harga tersebut. Sehingga nilai tersebut dicapai, kami tidak perlu membuat sebarang keputusan.

"Kalau kita bercakap mengenai Arsenal, mereka mempunyai lima atau enam hari untuk kembali dengan tawaran baru.

Penjualan Krystian Bielik menambah lagi usaha Gunners untuk membawa masuk Tierney. Bielik berpindah ke Derby County pada Jumaat lalu dengan jumlah keseluruhan yuran perpindahan mencecah £10 juta.

Arsenal juga membuka kelab-kelab lain untuk membuat bidaan untuk mendapatkan Shkodran Mustafi, manakala Laurent Koscielny dijangka akan berpindah ke Bordeaux - sedang kedua-dua kelab sedang berbincang mengenai perpindahannya.

Laurent Koscielny
Pemain pertahanan tengah veteran tersebut tidak terlibat dalam sesi latihan skuad utama di London Colney selepas tidak mahu mengikuti sesi jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat.

Sumber: Goal

Post a Comment

Previous Post Next Post