Arsenal berjaya dapatkan pertahanan Celtic, Kieran Tierney.

AKHIRNYA, Arsenal dan Celtic capai persetujuan bersama mengenai perpindahan pemain pertahanan, Kieran Tierney.



Selepas dua tawaran sebelumnya ditolak, Arsenal akhirnya berjaya memujuk Celtic untuk melepaskan pemain pertahanan mereka, Kieran Tierney.

Jika sebelum ini tawaran yang dibuat oleh The Gunners ditolak juara Scotland itu, namun laporan  terkini BBC Sport mendedahkan bahawa tawaran ketiga sebanyak £25 juta berjaya memenuhi kehendak The Hoops.
Pemain berusia 22 tahun itu bersedia untuk pergi ke London bagi membincangkan terma peribadi, dengan jendela perpindahan Liga Premier menghampiri penutup - ditutup pada petang Khamis (waktu UK).

Sebelum ini, Tierney dilaporkan mengalami kecederaan dan mungkin terpaksa berehat selama dua bulan.
Dan dalam perkembangan lain, Arsenal turut melepaskan pertahanan yang juga merupakan peminat Arsenal, Carl Jenkinson.

Bekas pertahanan kanan Arsenal berusia 27 tahun itu sah menjadi pemain Nottingham Forest dan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama mereka.
Manakala penyerang Arsenal yang dilepaskan secara percuma, Danny Welbeck pula telah menyertai Watford, namun tidak dapat dipastikan tempoh kontrak yang ditandatangani beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post