DC United mahukan Mesut Ozil

Mesut Ozil dalam sasaran kelab Amerika Syarikat, DC United untuk menggantikan Wayne Rooney.
Kelab dari Washington itu bersedia untuk berjumpa dengan wakil pemain tengah Arsenal itu selepas Wayne Rooney bersetuju untuk menyertai Derby County sebagai pemain-jurulatih pada Januari tahun depan.
Menurut wartawan Amerika Syarikat, Steven Goff, Ozil boleh menjadi nama yang hebat untuk menggantikan bekas penyerang Manchester United dan England itu.

One of Ozil's reps will meet with DCU officials next week in Washington, I'm told.

312 people are talking about this

Laporan daripada Geoff: 'Salah seorang wakil Ozil akan berjumpa dengan pegawai DC United di Washington pada minggu hadapan.'
Pemain berusia 30 tahun itu jarang diturunkan dengan kerap dalam kesebelasan utama Arsenal, tetapi sebarang usaha dan harapan untuk membawa pergi bekas pemenang Piala Dunia 2014 ini haruslah menepati gaji £350,000 mingguan beliau.
Walau prestasinya musim lepas tidak seperti yang diharapkan, namun setelah melihat aksinya dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim, mungkin beliau bakal merebut kembali tempatnya itu.

Adakah masih ada peluang untuk Ozil kembali ke tahap permainan sebenarnya musim ini?

Dan dengan khabar angin kencang kehadiran pemain perancang Brazil dan Barcelona, Philippe Countinho akan menyertai Arsenal juga bakal menggugat kedudukan Ozil, andai perpindahan itu berjaya.
DC United sedang giat berusaha mencari seorang pemain bintang untuk musim hadapan, dan mereka juga sedang memerhati pemain perancang Luciano Acosta, yang turut menarik minat Paris Saint-Germain dan Sevilla.
Bekas penyerang Manchester City dan Liverpool, Mario Balotelli juga salah satu pilihan kerana beliau masih belum mempunyai kelab.

Post a Comment

Previous Post Next Post