Davis Luiz bakal diumumkan sebagai pemain Arsenal saat jendela perpindahan akan ditutup.

PEMAIN pertahanan Chelsea, David Luiz akan menyertai Arsenal pada hari akhir jendela perpindahan, menurut Sky Sports.



Luiz dijangka melengkapkan urusan perpindahan pada pagi Khamis (waktu UK), menjelang penutupan perpindahan pada jam 5 petang.
Pemain berusia 32 tahun itu tidak menyertai latiahan bersama skuad bimbingan Frank Lampard pada hari Rabu selepas memberitahu Chelsea bahawa beliau mahu menyertai seteru London mereka, Arsenal.
Dan Arsenal dilaporkan terpaksa membayar sekurang-kurangnya £12 juta untuk mendapatkan  pertahanan Chelsea itu, yang masih mempunyai kontrak sehingga 2021 bersama The Blues.

Pun begitu, terdapat juga laporan mengatakan bahawa Chelsea sedia menerima £8 juta sahaja untuk melepaskan pemain pertahanan kelahiran Brazil itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post