Arsenal Menanti Joe Willock Tunjukkan Potensi Sebenarnya!

Joe Willock sudah menjadi pemain permulaan dalam dua perlawanan pertama Premier League (PL) 2019/20 untuk Arsenal.

Joe merupakan si bongsu dari tiga beradik Willock, mempunyai dua orang abang iaitu Matthew (23 tahun) dan Chris (21 tahun).

Mereka tinggal dan membesar di Walthamstow, berdekatan dengan Arsenal, dan ketiga-tiga mereka pernah memasuki akademi Hale End Arsenal.

Joe Willock menjadi yang terakhir tinggal di Arsenal selepas Matt meninggalkan Arsenal ketika di usia 15 tahun, dan Chris terbang berhijrah ke Lisbon untuk menyertai Benfica pada tahun 2017.


Chris Willock

BIODATA RINGKAS JOE WILLOCK
Nama: Joseph George Willock
Tarikh & tempat lahir: 20 Ogos 1999 di London, England
Warganegara: England, Montserrat
Posisi: Pemain tengah
Ketinggian: 1.79 m 

Sebelum dapat berada di mana beliau berada sekarang ini, beliau melalui beberapa kesukaran semasa kecil. Beliau mempunyai sepasang kaki yang tidak sama panjang.

Beliau menceritakan hal ini di dalam laman sesawang rasmi Arsenal: "Semasa saya masih muda, saya mempunyai satu kaki yang lebih panjang dari kaki yang sebelah lagi,"

"Saya masih ingat ketika ayah saya mengukur ketinggian saya dan abang-abang saya, dan beliau perasan tentang isu ini. Beliau perasan yang salah satu lutut saya lebih tinggi dari yang satu lagi.

Masalah ini sedikit mengganggu perkembangan permainan bolasepak Joe kerana beliau tidak dapat bermain seperti yang beliau harapkan.

Namun, kecekalan, kesabaran dan usaha gigh pemain ini membuahkan hasil apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk membuat debut Arsenal oleh Arsene Wenger dalam perlawanan Piala Liga menentang Doncaster Rovers pada 20 September 2017.

Sehingga perlawanan menentang Burnley pada Sabtu lepas, Joe sudah membuat 19 penampilan untuk Arsenal dalam semua kejohanan.


2017/18: 11 penampilan (2 PL, 5 Europa League, 1 Piala FA, 3 Piala Liga)
2018/19: 6 penampilan (2 PL, 3 Europa League, 1 Piala FA)
2019/20: 2 penampilan (2 PL)


Apabila melihat beberapa perlawanan pra-musim Arsenal dan dua perlawanan pertama PL musim ini, Joe menunjukkan beliau mempunyai daya kerja yang tinggi yang boleh dikatakan sesuai dengan falsafah permainan Unai Emery, yang mahukan para pemainnya sentiasa melakukan high pressing terhadap pemain lawan.

Beliau juga bijak mencari ruang dan masa untuk tiba dan merembat ke arah gol hasil hantaran bola rakan-rakannya di dalam kotak penalti.

Andai Joe masih terus merendah diri dan berdisiplin di dalam dan luar padang, beliau boleh menjadi pemain yang sangat penting untuk Arsenal dan mungkin juga untuk England.

Joe kini menyarung jersi bernombor 28 dalam skuad utama Arsenal, semakin kecil digit nombor jersinya berbanding dua musim lepas iaitu 69 (2017/18) dan 59 (2018/19).

Joel Campbell, Kieran Gibbs, Kolo Toure, dan Stephan Hughes antara nama terkenal pernah menyarung jersi nombor 28 ini. Adakah beliau mampu menjadikan nombor ini sebagai nombor yang sentiasa diingati peminat-peminat Arsenal? 

Di peringkat antarabangsa, beliau masih bermain untuk skuad bawah 20 tahun England, juga pernah mewakili skuad bawah 19 dan 16 tahun England.


Apakah yang telah terjadi kepada dua orang abang Joe iaitu Matt dan Chris?


BIODATA RINGKAS MATT WILLOCK
Nama: Matthew Anthony Willock
Tarikh & tempat lahir: 20 Ogos 1996 di London, England
Warganegara: England, Montserrat
Posisi: Pemain tengah
Ketinggian: 1.84 m
Kelab terkini: Gillingham FC
Kelab-kelab terdahulu: Manchester United, Crawley Town (pinjaman), St Mirren (pinjaman), St Johnstone (pinjaman), FC Utrecht (pinjaman)


Matthew Willock
Karier abang pertama Joe ini tidak seperti yang diimpikannya. Selain tidak berjaya di dalam akademi Arsenal dan keluar lebih awal berbanding dua adiknya, Matt tidak berpeluang untuk membuat debut skuad utama pertamanya untuk kelab gergasi Inggeris itu.

Beliau membuat debut pertama karier profesionalnya bersama FC Utrecht semasa dipinjam ke sana sepanjang musim 2017/18.

Bersama skuad bawah 23 tahun Manchester United, beliau telah membuat 44 penampilan sejak menyertai mereka pada musim 2013/14 hingga dilepaskan setelah tamat kontrak di penghujung musim 2018/19, diselangi dengan beberapa kontrak pinjaman keluar ke dua kelab Scotland (St Mirren dan St Johnstone) dan kelab League Two, Crawley Town.

Kini, beliau telah disambar oleh kelab League One, Gillingham FC namun masih belum membuat penampilan sulung bersama kelab tersebut.

BIODATA RINGKAS CHRIS WILLOCK
Nama: Christopher Willock
Tarikh & tempat lahir: 31 Januari 1998 di London, England
Warganegara: England, Montserrat
Posisi: Penyerang, Pemain Sayap Kiri
Ketinggian: 1.78 m
Kelab terkini: West Bromwich Albion (pinjaman)
Kelab-kelab terdahulu: Arsenal, Benfica


Chris Willock

Pada pandangan penulis, Chris Willock berpotensi untuk menjadi pemain yang bagus untuk Arsenal.

Walau telah diberikan debut Arsenal oleh Arsene Wenger ketika menentang Nottingham Forest dalam saingan Piala Liga pada September 2016, beliau lebih banyak bermain bersama pasukan akademi Arsenal.

Peluang beliau untuk bermain di skuad utama agak terhad kerana skuad utama Arsenal sudah mempunyai pemain-pemain yang bagus di bahagian sayap dan penyerang seperti Olivier Giroud, Alexis Sanchez, Danny Welbeck, Alex Oxlade-Chamberlain, dan Theo Walcott.

Kerana kurang peluang untuk beraksi untuk Arsenal, Chris mengambil keputusan untuk berhijrah keluar dari London, dan menyertai kelab gergasi Portugal, iaitu Portugal.

Tetapi, beliau tidak diserap terus ke dalam skuad senior Benfica, hanya bermain bersama Benfica B. 

Dan walaupun masih tidak dapat peluang bermain skuad utama, beliau memasang keazaman untuk memecah masuk ke dalam skuad tersebut, dan sanggup menolak tawaran beberapa kelab PL seperti Tottenham Hotspur, Manchester City, Watford dan Bournemouth hanya untuk terus kekal di kelab yang berpengkalan di Lisbon itu.

Pada jendela perpindahan pemain musim panas 2019/20, Chris telah menyertai kelab Championship iaitu West Bromwich Albion secara pinjaman semusim. Beliau masih belum membuat penampilan sulung bersama kelab tersebut.



Rumusan..

Dalam bolasepak, kesabaran, keazaman, dan usaha gigih menjadi teras utama untuk berjaya dalam karier bolasepak yang singkat. Tidak dilupakan juga nasib seseorang pemain muda untuk melompat naik dari skuad akademi ke skuad utama.

Perjalanan yang berbeza yang ditempohi oleh tiga beradik ini, dan Joe Willock menjadi pemain paling menyerlah setakat ini. Namun Joe tidak pernah membangga diri dengan keadaannya kini, sentiasa mengharapkan abang-abangnya juga suatu hari nanti dapat bermain di PL sama sepertinya.

Peminat-peminat Arsenal sayangkan Aaron Ramsey, dan mungkin dengan peningkatan tahap permainan Joe Willock yang boleh memberikan kejayaan kepada kelab, maka bolehlah mengubat kerinduan peminat terhadap bekas bintang kelab tersebut.


Post a Comment

Previous Post Next Post