Romelu Lukaku terus hasut Alexis Sanchez tinggalkan Manchester United.

BEKAS pemain Arsenal, Alexis Sanchez dihujani mesej daripada Romelu Lukaku yang berusaha meyakinkan bintang Chile itu agar menyertainya di Inter Milan dan meninggalkan Manchester United.



Lukaku meninggalkan Manchester United untuk menyertai Inter menerusi perpindahan bernilai £73 juta pada awal bulan ini.

Akhbar Britain, Daily Star melaporkan, penyerang Belgium itu cuba meyakinkan Sanchez bahawa 'Milan adalah tempat yang lebih indah untuk didiami berbanding Manchester'.

Sanchez, 31, akhirnya termakan dengan pujukan Lukaku setelah semakin hampir menyertai pertandingan Itali itu secara pinjaman.
Inter juga dikatakan bersedia memberikan jersi No. 7 kepada bekas bintang Arsenal tetapi United masih perlu membayar £250,000 seminggu jika mahu melepaskannya.

Inter memberitahu United, mereka tidak mampu membayar gaji penuh Sanchez iaitu £505,000 (RM2.57 juta) seminggu yang dinikmati ketika ini.

Itu bermakna, United perlu membayar separuh daripada gaji Sanchez tetapi dia dibenarkan menyertai Inter sebaik musim berakhir dengan bayaran perpindahan sebanyak £14 juta (RM71 juta).

Sanchez yang hanya menjaringkan lima gol daripada 45 penampilan bersama Red Devils sejak tiba dari Arsenal pada Januari 2018, dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan di San Siro hari ini

Post a Comment

Previous Post Next Post