Arsenal Tawar Kontrak Baru Kepada Dua Pemain Dengan Satu Syarat

Arsenal sedang mempertimbang untuk menawarkan kenaikan gaji yang tinggi kepada dua orang pemain skuad utama andai mereka boleh membawa kelab kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas melalui jendela perpindahan pemain musim panas yang boleh dikatakan berjaya, pihak kelab kini mengalihkan tumpuan untuk melakukan rundingan kontrak dengan para pemain sedia ada.

Perbincangan sudah bermula dengan duo penyerang berbisa, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang

Kedua-dua pemain ini antara penerima gaji tertinggi di kelab dengan Lacazette menerima gaji sekitar £140,000 seminggu manakala Aubameyang hampir mencecah £200,000 seminggu.

Laporan daripada Sportsmail menyatakan Arsenal bersedia untuk memasukkan klausa kewangan ke dalam kontrak mereka andai mereka berjaya membantu kelab kembali ke saingan UCL. 

Bill gaji Arsenal sudah tinggi, ini bermakna the Gunners tidak dapat menjamin Lacazette dan Aubameyang sama rata dengan penerima gaji tertinggi kelab iaitu Mesut Ozil.

Namun dengan peningkatan aliran masuk wang kerana bermain bolasepak UCL boleh membantu Arsenal menambah insentif gaji.

Aubameyang dan Lacazette sudah membukti mereka memainkan peranan penting dalam era pengurusan Unai Emery - menjaringkan 51 gol antara mereka sejak permulaan musim lepas.

Kontrak Aubameyang sudah memasuki baki dua tahun yang terakhir, yang memerlukan Arsenal membuat keputusan penting andai beliau tidak mahu menandatangani kontrak baru menjelang musim panas akan datang.

Lacazette pula mempunyai baki tiga musim lagi - dan Raul Sanllehi sudah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mahu pemain memasuki baki dua tahun terakhir dalam kontrak mereka,

Emery berkata kepada media pada Jumaat lepas: "Sudah tentu mereka pemain yang sangat penting untuk kami, dan kontrak mereka perlulah seimbang."

Post a Comment

Previous Post Next Post