Pemain pertahanan skuad wanita Arsenal, Janni Arnth akan menyertai kelab Itali, Fiorentina.

Yang menariknya, Fiorentina akan menjadi lawan Arsenal dalam pusingan 32 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah pada 12 dan 26 September nanti.

Beliau menyertai skuad Joe Montemurro pada November 2018 dari kelab Sweden, Linkopings dan telah membuat 10 penampilan untuk kelab, menjaring gol dalam debutnya dalam perlawanan FA Women Super League (WSL) menentang West Ham United Women.

Beliau membantu skuad untuk memenangi WSL buat pertama kali sejak kali terakhir dimenangi pada tujuh tahun lalu.

BIODATA RINGKAS JANNI ARNTH


Nama: Janni Arnth Jensen
Tarikh lahir: 15 Oktober 1986
Warganegara: Denmark
Ketinggian: 1.74m
Posisi: Pemain pertahanan tengah
Kelab terkini: Fiorentina
Kelab-kelab lain: Arsenal, Fortuna Hjorring, Linkoping
Kejuaraan yang telah dimenangi:
Fortuna Hjorrings - Elitedivisionen (2009/10)
Linkopings - Damallsvensken (2006, 2007) ; Swedish Women's Cup (2013/14)
Arsenal - FA Women Super League (2018/19).

Post a Comment

Previous Post Next Post