Arsenal tanpa Mesut Ozil dan Sead Kolasinac, siasatan lanjut dilakukan selepas beberapa kali diserang.

LIGA PERDANA INGGERIS membukai tirai minggu ini dan Arsenal bakal berkunjung ke St. James' Park bertemu Newcastle.

Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederan selepas terlibat dalam insiden diserang  perompak bersenjata di utara London bulan lepas.
Mesut Ozil dan Sead Kolasinac, yang terlibat dalam cubaan dirompak oleh perompak bersenjata, telah 'direhatkan' daripada skuad Arsenal selepas polis menyiasat "insiden keselamatan lanjut".

Insiden serangan dan dirompak itu juga menyebabkan kedua-dua pemain tersebut direhatkan daripada perlawanan Piala Emirates, ketika Arsenal menentang Lyon pada hujung minggu berikutnya selepas perbincangan dilakukan dengan ketua jurulatih, Unai Emery.

Namun mereka berdua dijangka berada dalam perlawanan pembukaan liga Arsenal bagi menghadapi Newcastle pada hari Ahad ini.

Bagaimanapun, The Gunners dalam laporan terkini mengatakan kedua-dua mereka tidak akan dapat disenaraikan bersama skuad untuk pertembungan di St James Park.

Ini berikutan terhadap laporan mengatakan bahawa kedua-dua pemain itu terus menjadi sasaran perompak dan dikatakan berlaku lebih daripada sekali.

Dan ini menyebabkan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Dalam satu kenyataan, Arsenal berkata para pemain "tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad untuk perlawanan pembukaan kami terhadap Newcastle United berikutan insiden keselamatan lanjut yang sedang disiasat oleh polis".


Ia menambahkan: "Kebajikan pemain dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan kami mengambil keputusan ini selepas perbincangan dengan para pemain dan wakil mereka.

"Kami berhubung dengan polis dan menyediakan pemain dan keluarga mereka dengan sokongan berterusan.

"Kami berharap dapat mengalu-alukan pemain kembali ke skuad secepat mungkin."

Amat mengejutkan dimana insiden serangan dan rompakan bersenjata yang dialami oleh Ozil dan Kolasinac masih belum berakhir.

Semoga kedua-dua pemain dan keluarga mereka selamat dan kes ini dapat selesaikan segera.

Post a Comment

Previous Post Next Post