Unai Emery Benarkan Shkodran Mustafi Keluar Dari Arsenal

Shkodran Mustafi
Pemain pertahanan tengah Jerman, Shkodran Mustafi telah diberitahu oleh Unai Emey yang beliau boleh meninggalkan Arsenal.
Beliau kurang bermain dalam perlawanan pra-musim baru-baru ini, dengan Unai lebih suka menggunakan Calum Chambers untuk bergandingan bersama Sokratis Papastathopoulos di bahagian pertahanan tengah.

Kedua-dua pemain ini dijangka bakal bermain bersama sekali lagi dalam perlawanan pertama Premier League (PL) 2019/20 menentang Newcastle United di Stadium St James Park pada hari Ahad ini.

Kedudukannya di dalam skuad semakin kebelakang selepas perpindahan masuk pemain pertahanan tengah Chelsea dan Brazil, David Luiz pada hari Khamis lepas.

Sedang beliau memperkemas skuad untuk musim keduanya di Emirates, Unai mengakui telah memberitahu Mustafi bahawa beliau boleh meninggalkan kelab, dan dijangka akan berlaku dalam bulan ini juga kerana jendela perpindahan Eropah masih dibuka.

"Saya sudah bercakap dengannya selepas tamat musim lepas," kata pengurus Sepanyol itu. "Saya bercakap dengannya lagi bila bermula pra-musim dan dua minggu lepas yang terdapat kemungkinan beliau akan meninggalkan kelab.

"Kami membuat keputusan untuk menjadikan setiap posisi lebih kompetitif, di bahagian bek tengah dengan David Luiz, Dani Ceballos di bahagian tengah, juga bersama Kieran Tierney dan Nicolas Pepe.

OH YEAH! DAVID LUIZ!
"Saya fikir dengan menjadi lebih kompetitif kami boleh memberi respon dengan lebih baik musim ini. Sesetengah pemain yang berfikir dengan situasi sebegini menyebabkan mereka mungkin akan bermain lebih sedikit perlawanan, mereka boleh pergi.

"Tetapi satu keputusan diambil bersama pemain, kelab, dan pasukan. Mustafi masih di sini buat masa ini, dan akan bermain jika kami memerlukannya. Saya yakin beliau boleh bermain dengan baik."

Mustafi telah dikaitkan dengan perpindahan ke AS Monaco sejak beberapa minggu ini.

Karier Arsenal beliau mendapat kritikan hebat kerana beberapa siri kesilapan yang sepatutnya tidak patut dilakukan, dan menyebabkan gawang dibocori berkali-kali dan akhir Arsenal tewas dalam perlawanan.

Kesilapannya ketika bermain menentang Crystal Palace musim lepas, yang membolehkan WIlfried Zaha menjaringkan gol dilihat atau dianggap sebagai...inilah kali terakhir kami lihat perkara sebegini berlaku.

Bekas pemain Valencia CF ini telah dicemuh semasa sesi jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat, dan menerima layanan serupa ketika dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua perlawanan Emirates Cup menentang Olympique Lyon.

Emery mengakui ini bukanlah situasi yang ideal tetapi menegaskan yang beliau akan mencuba apa yang termampu untuk mengekalkan tahap keyakinan Mustafi, jika beliau memerlukannya.

"Sesetengah penyokong percaya atau suka dengan satu-satu pemain melebihi pemain-pemain lain, dan itu sangat normal.

"Tetapi saya mahu jadi lebih kuat, dan mencipta skuad besar yang kompetitif, mempunyai mentaliti kemenangan, dan yang paling penting - percaya dan yakin sesama mereka.

"Jika dia boleh bermain, dia boleh membantu kami dengan keyakinannya."

Post a Comment

Previous Post Next Post