Ryo Miyaichi dengan kebolehan terkini beliau beraksi pada mana-mana posisi.

RYO MIYAICHI berjaya memikat bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger ketika sesi percubaan pada musim panas 2010.



Pemain muda itu menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada 31 Januari 2011 dan merupakan kontrak profesional pertama yang ditandatangani Miyaichi selain The Gunners juga merupakan kelab pertama yang diwakilinya.

Beliau sebelum itu bermain untuk kelab bolasepak sekolah di Jepun, Chukyodai Chukyo High School.

Bersama Arsenal, beliau hanya membuat satu penampilan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan secara keseluruhanya, tujuh penampilan dalam kesemua kejohanan sepanjang karier beliau bersama The Gunners.

Miyaichi, lebih banyak beraksi bersama pasukan pinjaman ketika bersama Arsenal dimana beliau dipinjamkan ke kelab seperti beriku:

MUSIM KELAB
2011–2015 Arsenal
2011 → Feyenoord (dipinjamkan)
2012 → Bolton Wanderers (dipinjamkan)
2012–2013 → Wigan Athletic (dipinjamkan)
2014–2015 → Twente (dipinjamkan)
2014–2015 → Jong Twente (dipinjamkan)
2015– St. Pauli
2017– → St. Pauli II

Beliau akhirnya dilepaskan Arsenal pada tahun 2015 (18 Jun 2015) dan menyertai kelab division dua Jerman, St. Pauli dan menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk kelab Jerman itu.

Walaupun dikenali sebagai pemain penyerang, namun bersama St. Pauli, Miyaichi telah beraksi dalam empat posisi berbeza musim ini dan terkini, sebagai pemain pertahanan.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Second Striker 1 - 1
Right Midfield 1 - -
Right Winger 1 - -
Right-Back 1 - -

Berikut adalah perlawanan yang menyaksikan beliau bermain pada empat posisi berbeza.

Saingan Tarikh Lawan Posisi Minit Beraksi
2. BUNDESLIGA 29 Julai 2019 Arm. Bielefeld RW 90'
2. BUNDESLIGA 2 Ogos 2019 Greuther Fürth SS 90'
2. BUNDESLIGA 17 Ogos 2019 VfB Stuttgart RB 90
DFB-POKAL 11 Ogos 2019 VfB Lübeck RM 120'

Post a Comment

Previous Post Next Post