ARSENAL menerima khabar gembira dengan pemain pertahanan yang mengalami kecederaan sebelum ini, Hector Bellerin dan Kieran Tierney sedia beraksi tidak lama lagi.
The Gunners mengesahkan bahawa Bellerin, Tierney dan Konstantinos Mavropanos semuanya berkembang dengan baik dalam sesi pemulihan masing-masing dan dijangka kembali ke latihan penuh pada bulan September ini.
Bellerin tidak beraksi semenjak Januari lalu selepas mengalami kecederaan lutut yang serius ketika bertemu Chelsea, namun beliau sentiasa bekerja keras dalam mengembalikan kecergasan dan kesihatan dirinya.
Beliau dijangkakan bakal kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya selepas rehat antarabangsa nanti (7 September 2019).

Kembalinya pemain 'wing back' itu akan memberikan sedikit kelebihan kepada Unai Emery, yang kelihatan bersedia untuk kehilangan Nacho Monreal dimana pertahanan veteran itu akan berpindah ke Real Sociedad sebelum jendela pemindahan Eropah ditutup.
Dan pemergian Monreal itu turut akan membuka ruang kepada Tierney untuk mendapatkan peluang beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners apabila kembali daripada kecederaan tidak lama lagi.
Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu menjalani proses pemulihan berikutan kecederaan pangkal paha yang berlaku ketika di Celtic, sebelum melengkapkan perpindahan ke Arsenal pada musim panas baru-baru ini.
Namun beliau dijangkakan bersedia menjalani latihan bersama pasukan utama pada bulan depan (September) dan jika segalanya berjalan lancar, Tierney mampu beraksi bersama skuad utama menjelang Oktober nanti.
Sementara itu, Mavropanos kemungkinan akan kembali pada masa yang sama untuk meningkatkan pilihan bek tengah buat Emery dengan Rob Holding bermain 90 minit penuh untuk skuad Arsenal Bawah 23 tahun, Jumaat lalu.

Emile Smith Rowe pula bermain 80 minit dalam perlawanan yang sama menentang Everton, tetapi bakal menghadapi persaingan dalam perebutan tempat dalam pasukan utama dengan beberapa pemain pilihan yang dimiliki Emery ketika ini.
Dengan derby London utara menentang Tottenham pada hari Ahad depan, aksi Mesut Ozil masih menjadi tanda tanya.
Beliau sebelum ini dilaporkan tidak sihat namun laman rasmi Arsenal tidak menceritakan apa-apa masalah kesihatan yang melanda pemain perancang itu dan sudah pasti ramai peminat dan penyokong Arsenal mahu melihat Emery menurunkan pemain tersebut bersama pemain baharu yang dibawa masuk musim ini seperti Ceballos dan Pepe.