Minggu rehat antarabangsa dalam Musim Liga Perdana 2019-20

BILAKAH rehat antarabangsa dalam musim 2019-20 Liga Perdana Inggeris?



Musim 2019/20 baru sahaja memulakan aksi dengan tiga perlawanan telah pun diharungi setiap pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Setelah berbulan-bulan menanggung derita akibat tiada perlawanan yang dilangsungkan selepas berakhirnya saingan musim lalu, peminat kembali teruja menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu untuk melihat aksi pasukan yang diminati dan disokong beraksi musim ini.

Namun, ianya bakal terbantut seketika apabila aksi liga kembali dihentikan walaupun buat seketika bagi memberi ruang kepada rehat antarabangsa.

Cuti antarabangsa ataupun rehat antarabangsa pada asasnya hanya melibatkan perlawanan hujung minggu apabila semua liga domestik mengambil masa seminggu untuk membiarkan pemain pulang dan bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.


Untuk Liga Perdana, liga yang paling ramai ditonton di dunia, ini bermakna tidak ada sebarang perlawanan pada hujung minggu berikut bagi memberi ruang kepada rehat antarabangsa.

Berikut adalah tarikh rehat antarabangsa bagi musim 2019/20:
  • 7 September
  • 12 Oktober
  • 16 November
  • 28 Mac

Post a Comment

Previous Post Next Post