Arsenal U21 Sambung Penyertaan Kejuaraan Trofi Leasing.com

Leasing.com adalah nama penaja baru untuk trofi EFL. Kejuaraan ini disertai oleh 64 buah kelab, merangkumi kelab-kelab yang bermain di League One, League Two, dan 16 skuad akademi kelab Premier League (PL) kategori 1 sejak musim 2016/17.

Kejuaraan ini dibahagikan kepada dua kawasan (utara dan selatan), dan terdapat 8 kumpulan dalam setiap kawasan, dan 4 pasukan dalam setiap kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

Skuad bawah 21 tahun Arsenal, yang diuruskan oleh Steve Bould ditempatkan di dalam kumpulan H kawasan selatan bersama Northampton Town, Cambridge United, Peterborough United.

Maklumat ringkas kelab-kelab yang akan menjadi lawan Arsenal dalam peringkat kumpulan ini.


Nama timangan: The Cobblers
Tarikh penubuhan: 6 Mac 1897
Stadium: Sixfields
Kapasiti: 7,798
Liga: EFL League Two
Pengurus terkini: Keith Curle (sejak Okt 2018)


Nama timangan: The U's
Tarikh penubuhan: 1912
Stadium: Abbey
Kapasiti: 9,617
Liga: EFL League Two
Pengurus terkini: Colin Calderwood (sejak Dis 2018)


Nama timangan: The Posh
Tarikh penubuhan: 17 Mei 1934
Stadium: Weston Homes
Kapasiti: 15,314
Liga: EFL League One
Pengurus terkini: Darren Ferguson (sejak Jan 2019)




TROFI EFL (CHECKATRADE) MUSIM 2018/19

Arsenal U21 juga sudah menyertai kejohanan yang sama pada musim lepas, cuma dengan nama penaja yang berlainan iaitu Checkatrade.

Mereka berada di dalam kumpulan E kawasan selatan bersama Cheltenham Town (L2), Forest Green Rovers (L2), dan Coventry City (L1).

Skuad bimbingan Freddie Ljungberg ini telah menduduki tempat kedua di belakang Cheltenham Town dengan enam mata hasil 2 kemenangan dan 1 kalah.

Namun cabaran mereka berakhir di pusingan kedua peringkat kalah mati apabila tewas 1-2 kepada Portsmouth.

Post a Comment

Previous Post Next Post