Laporan Perlawanan: Derby County U23 (2) - (2) Arsenal U23

Laporan Perlawanan 4 Premier League 2 Division 1

Derby County U23 (2) - (2) Arsenal U23
30 Ogos 2019
Stadium Pride Park
Penjaring gol:
44' Chris Martin
60' Alex Babos
70' Robbie Burton
79' Folarin Balogun

Kesebelasan utama: Karl, James Olowu '80, Harrison Clarke, Tobi Omole, Mazeed Ogungbo, Robbie Burton, Jordan McEneff, Emile Smith Rowe '73, Trae Coyle, Tyreece John-Jules, Nathan Tormey '63

Simpanan: James Hillson (GK), Alfie Matthews, Miguel Azeez ▲'73, Matthew Dennis ▲'80, Folarin Balogun ▲'63



Skuad bawah 23 tahun Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Premier League 2 Division 1 musim ini selepas kembali mengikat Derby County seri 2-2 selepas ketinggalan 2-0 sebelum rehat separuh masa.

Pemain pertahanan tengah remaja Arsenal, Mazeed Ogungbo yang berasal dari Republik Ireland, membuat penampilan pertama untuk skuad bawah 23 tahun ini, menggantikan tempat Tolaji Bola yang mengalami kecederaan.

Tyreece John-Jules diberi tugasan untuk mengetuai barisan serangan pasukan, seminggu selepas menjaringkan gol backheel cantik ketika menentang Everton.

Tiada apa-apa yang agak menarik berlaku pada separuh masa pertama kecuali melihat Derby County menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Chris Martin. Beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

Walau sudah ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, anak buah Steve Bould tidak mengaku kalah, dan mula menguasai perlawanan pada separuh masa pertama.

Dua percubaan bahaya telah dilakukan menerusi Emile Smith Rowe dan Trae Coyle.

The Rams menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-60 menerusi Alex Babos - tetapi Arsenal berjaya menjaringkan satu gol kurang dari 10 minit kemudian, apabila pemain tengah Robbie Burton merembat lencungan cantik ke sudut bawah gol lawan.

Di saat Arsenal sedang mengejar gol penyamaan, Smith Rowe telah mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar dari padang. Beliau telah digantikan dengan Miguel Azeez.

Miguel Azeez


Folarin Balogun berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79 selepas dimasukkan menggantikan Nathan Tormey. Gol keempatnya musim ini.

Satu mata dibawa pulang, dan pengalaman yang berharga untuk skuad ini.

Harapan mereka dapat terus bermain dengan baik dan konsisten untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Mereka kini menduduki tempat kedua selepas 4 perlawanan dengan mengumpul 8 mata selepas menang 2 dan seri 2 perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post