ROMAN ABRAMOVICH mungkin telah membeli Arsenal bukannya Chelsea 16 tahun lalu sekiranya beliau tidak menerima nasihat yang salah.
Jutawan Rusia itu telah menerima nasihat yang salah daripada pihak yang dilantiknya untuk menilai urusan pembelian (pemilikan) Arsenal 16 tahun dahulu.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich secara tidak sengaja telah dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang tawaran bagi membeli Arsenal oleh sekumpulan penasihat bank Switzerland yang mana ianya telah didedahkan dalam laporan The Sun awal tahun ini.
Abramovich memiliki harta bernilai kira-kira £9.5 billion, sebaliknya memutuskan untuk membeli Blues pada harga ataupun nilai sebanyak £140 juta 16 tahun yang lalu dan semenjak itu, beliau telah mengubah Chelsea menjadi sebuah pasukan bolasepak.
Pendedahan mengenai Abramovich yang tersalah menerima nasihat tersebut ditulis didalam sebuah buku, The Club dan ditulis oleh dua penulis dari Wall Street Journal.
Menurut The Sun, wartawan Amerika melakukan beberapa wawancara dengan para eksekutif dari beberapa kelab terkemuka Liga Perdana.
Di dalam buku itu, ia mendakwa Abramovich mengupah bank Switzerland, UBS untuk mengkaji ekonomi bolasepak kelab-kelab tertinggi Inggeris.
Salah satu penemuannya ialah 'Arsenal tidak boleh dijual'.
Walau bagaimanapun, buku itu menambah bahawa bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein percaya barisan pengarah The Gunners akan sedia mempertimbangkan tawaran dari Abramovich, tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan kerana laporan yang dikeluarkan oleh bank tersebut.
Namun yang lebih mendukacitakan, lebih-lebih lagi kepada peminat Spurs adalah dimana Abramovich langsung tidak 'berselera' terhadap kelab itu dengan menyifatkan ianya adalah 'tersangat teruk'.
Omsk, Russia - yang disifatkan Abroamovich sebagai tempat yang sangat teruk di Russia menyamai kelab Tottenham. |
--The Sun
Another claim is Abramovich met with Tottenham’s chairman but “while his Mercedes trundled along Tottenham High Road, he looked out and said in Russian, ‘This is worse than Omsk’ — the grim Siberian outpost where he had a refinery.”
Sepanjang tempoh 52 tahun di Stamford Bridge, Chelsea dibawah naungan Abramovich (16 tahun) telah memenangi Liga Perdana sebanyak lima kali dan merangkul trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2012, serta Liga Europa dan lima Piala FA.